Tarikh    : 3 Jan 2020

  Masa      : 4.00 - 5.30 petang

  Lokasi    : Pusat Internet Gerik

  Peserta  : Murid lepasan UPSR

 

 

Tujuan

Sistem kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh SBP ini diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebagai satu alternatif baru mengantikan permohonan secara manual sebelum ini. Sistem ini memberikan kemudahan kepada pemohon untuk memohon secara atas talian sahaja dan tidak perlu untuk ke sekolah tersebut untuk mengambil borang.

 

Aktiviti

Lepasan UPSR datang ke Pusat Internet bersama penjaga bagi mengisi maklumat di dalam sistem tersebut dibantu oleh Petugas Pusat Internet.

Gambar di sini

  Tarikh    : 2 Jan 2020

  Masa      : 11.00 pagi - 5.30 petang

  Lokasi    : Pusat Internet Gerik

  Peserta  : Khairul Adha (NGO)

 

 

Tujuan

Dalam menghasilkan video yang baik, perlu melalui beberapa proses iaitu papan cerita dan seterusnya proses penyuntingan. Dalam proses pembelajaran suntingan ini, Encik Khairul Adha adalah seorang NGO yang menghasilkan video untuk sesuatu pemasaran. VideoPad Video Editor adalah perisian asas yang digunakan untuk perisian asas kerana ia memudahkan serta cepat. Pembelajaran lebih baik dan video siap setelah sumber/bahan lengkap.

 

Aktiviti

Petugas memberikan beberapa cadangan serta idea untuk susunan video tesebut setelah bahan yang dibawa (footage) lengkap. Encik Khairul Adha juga merujuk Youtube untuk menambahkan idea mengenai video tersebut.

 

Gambar di sini

 

  Tarikh    : 11 Disember  2019

  Masa      : 10.00 pagi - 2.00 petang

  Lokasi    : Pusat Internet Gerik

  Peserta  : DRM Wilayah utara dan Pengurus Kluster Hulu Perak

 

 

 

Tujuan

Perjumpaan DRM Wilayah Utara, Encik Ridha Tajuddin bersama Kluster Hulu Perak bagi penutup tahun 2019 untuk membincangkan tentang perkara-perkara seperti Docket, Dashboard dan sebagainya dari segi perkembangan serta sebarang permasalahan mengenai elemen tersebut bagi tujuan penambahbaikan. Selain itu, perkara yang dibincangkan ialah mengenai pencapaian dan sasaran Pusat Internet Kluster Hulu Perak 2019.

 

Aktiviti

Perjumpaan dimulakan dengan perbincangan oleh DRM dan disertai oleh Pengurus-pengurus wakil Kluster Hulu Perak.

Gambar di sini

  Tarikh    : 6 & 13 Disember 2019

  Masa      : 3.00 petang - 5.30 petang

  Lokasi    : Pusat Internet Gerik

  Peserta  : Nur Syazwana Bt Shamzuri

 

 

Tujuan

Kemahiran asas komputer kini adalah antara elemen penting untuk seseorang individu bagi meneruskan pengajian atau menjawatkan jawatan pekerjaan sama ada di swasta mahupun kerajaan. Ini kerana ia berkait rapat dengan teknologi maklumat ataupun ICT yang kebanyakan ICT ini digunakan hampir sepenuhnya pada revolusi abad ke-21 ini. Ia mengantikan kerja-kerja secara manual seperti contoh kerja-kerja pengkeranian dan sebagainya.

Asas pembelajaran komputer telah pun diterapkan pada peringkat sekolah di mana ia bermula dari peringkat sekolah rendah hingga ke tertinggi iaitu Universiti.

Kelas komputer individu ini dijalankan menerusi perbincangan bersama peserta oleh kerana pembahagian masa, oleh itu kelas dijalankan secara individu dan kumpulan mengikut masa yang sesuai.

Nursyazwana Bt Syamsuri adalah pelajar lepasan SPM ingin mengikuti kelas asas ini kerana sebagai persediaan untuk menyambung pelajaran kelak sebagai langkah untuk mengunakan kemahiran ICT yang baik. Kelas asas mengandungi seperti Microsoft Office:Word,Powerpoint,Excel dan juga tambahan iaitu pengunaan emel dan sebagainya. Peserta dibekalkan dengan satu modul Microsoft untuk rujukan.

 

Aktiviti

Peserta diajar oleh petugas Pusat Internet berdasarkan Modul yang dibekalkan dan cara pengajaran diajar secara terus serta praktikal dapat dijalankan semasa proses berlangsung kerana cara ini lebih berkesan kepada peserta. Kemahiran ini juga dapat dipraktikkan di rumah sehingga peserta dapat menguasai sesuatu topik.

 

Gambar di sini

 

  Tarikh    : 21 November 2019

  Masa      : 3.00 petang - 5.30 petang

  Lokasi    : Pusat Internet Gerik

  Peserta  : Murid Sekolah Agama Rakyat Kg Perah, Gerik

 

 

Tujuan

Kahoot adalah antara permainan atas talian yang sesuai dengan semua peringkat umur di mana soalan disediakan dengan pelbagai grafik multimedia interaktif yang mampu menarik minat individu. Ia juga mampu meningkatkan kemahiran kognitif individu dalam usaha menjawab soalan-soalan yang disediakan mengikut topik atau subjek.

Seramai 21 orang murid-murid dan seorang guru dari Sekolah Agama Kg Perah,Gerik telah berkunjung ke Pusat Internet Gerik untuk bermain permainan Kahoot yang disediakan oleh petugas Pusat Internet. Soalan yang disediakan adalah bersesuaian dengan tahap umur murid-murid sekolah tersebut.

Ternyata permainan Kahoot ini sangat memberikan impak yang positif kepada peserta tersebut dan kelihatan mereka begitu semangat dan gembira untuk menjawab.

 

Aktiviti

Ia dimulakan dengan taklimat ringkas kepada peserta dan selepas itu permainan Kahoot dimulakan iaitu sebanyak 20 soalan yang disediakan. Permainan ini berakhir dengan permainan ditentukan dengan 30 orang peserta yang mendapat markah yang tertinggi.

Gambar di sini