Tarikh : 6 Disember 2018
Masa : 3.00 - 5.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Gerik
Peserta : Staf kerajaan

 

48317905 2057115584326641 2550074868506820608 o

 

Tujuan

Untuk memberi pendedahan tentang cara-cara membuat poster, crop gambar dan menghasilkan effect pada tulisan.

 

Aktiviti

Kelas kali ini dihadiri oleh staf kerajaan yang inginkan kelas secara personal. Sempena sambutan tahun baru 2019 yang bakal tiba, peserta diajar tentang cara-cara membuat poster 'Selamat Tahun Baru 2019'. 

 

Gambar di sini


Tarikh : 3-4 Disember 2018
Masa : 11.00 pagi - 1.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Gerik
Peserta : Pelajar sekolah rendah

 

WhatsApp Image 2018-12-05 at 11.39.30 AM

 

Tujuan

Untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang penggunaan dan aplikasi dalam komputer di samping dapat mengisi masa lapang mereka sempena cuti sekolah.

 

Aktiviti

Kelas ini berlangsung selama dua hari. Hari pertama para peserta belajar menaip biodata masing-masing dan memasukkan 'shape' dengan menggunakan Microsoft Word. Mereka juga mengulangkaji sifir darab secara online. Hari kedua pula mereka belajar membuat slide dengan menggunakan Microsoft PowerPoint (menaip dan masukkan gambar) dan menyusun puzzle secara online.

 

Gambar di sini


Tarikh : 17 November 2018
Masa : 10.00 pagi - 3.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Gerik
Peserta : Golongan belia

 

46456159 2024553634249503 2390697020223389696 o 1

 

Tujuan

Dapat berkongsi ilmu kecantikan kepada para peserta. Selain itu, aktiviti ini dapat merapatkan hubungan antara komuniti setempat di samping dapat memperkenalkan Pusat Internet.

 

Aktiviti

Peserta diajar tentang tips kecantikan dan teknik-teknik makeup dengan menggunakan peralatan makeup yang diberi oleh guru makeup. Di akhir program, peserta menggunakan internet untuk melakukan tutorial tudung melalui Youtube.

 

Gambar di sini


Tarikh : 20 November 2018
Masa : 8.30 pagi - 3.00 petang
Lokasi : Asrama Anak-Anak Yatim Al-Taqwa Pengkalan Hulu
Peserta : 46 orang Anak-Anak Yatim & Miskin Al-Taqwa dan At-Taqwa Pengkalan Hulu

 

1utama

 

Tujuan

Tujuan program ini diadakan adalah untuk meraikan dan menceriakan anak-anak yatim dan miskin agar golongan kurang bernasib baik ini terus dikasihi dan tidak dipinggirkan. Di samping itu, program ini juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara para petugas Pusat Internet Kluster Hulu Perak dan MSD Digital Intelligence Wilayah Utara dengan anak-anak yatim.

 

Aktiviti

Seramai 46 orang anak-anak yatim terlibat dalam program ini. Pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya ialah mengemas dan menghias perpustakaan mini dan surau di asrama anak-anak yatim, mengadakan aktiviti santai seperti 'explorace' dan kuiz bersama anak-anak yatim serta mengagihkan sumbangan seperti kelengkapan sekolah (pakaian sekolah, beg sekolah, dan alat tulis) dan juga barangan keperluan dapur kepada mereka.

 

Gambar di sini


Tarikh : 16 November 2018
Masa : 2.00 - 3.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Gerik
Peserta : Golongan belia

 

WhatsApp Image 2018-11-16 at 3.32.33 PM

 

Tujuan

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mempromosikan aplikasi Dashboard Komuniti kepada komuniti setempat. Aktiviti ini juga dapat meningkatkan bilangan keahlian baru PI, menarik minat semua golongan datang ke PI. Di samping itu, aktiviti ini dapat menyediakan satu platform untuk mempromosikan produk atas talian.

 

Aktiviti

Peserta digalakkan memuat turun aplikasi 'Dashboard Komuniti' untuk memudahkan mereka log masuk. Mereka diberi penerangan tentang MyKomuniti, MySoal, MyHealth, MySkool, MyPlace dan MyShop.

 

Gambar di sini