Tarikh    : 19 Jun 2019

  Masa      : 11.00 pagi - 12.30 Tengahari

  Lokasi    : Pusat Internet Gerik

  Peserta  : Pesara (Terdiri daripada Orang Asli

 

 

Tujuan

Selaras dengan Program Transformasi Kerajaan yang dilaksanakan kerajaan, KWAP telah dipertanggungjawab untuk mengambilalih fungsi prosesan dan pembayaran faedah persaraan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA). Inisiatif ini dijangka akan dapat meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan dan prosesan pembayaran faedah persaraan yang lebih efisien kepada pesara.

Terdapat juga masyarakat orang asli yang berkhidmat di dalam Jabatan Kerajaan yang mendapat pencen, jadi mereka mengunakan Pusat Internet untuk mengemaskini serta perkhidmatan lain. Bagi Encik Osman dari RPS Kemar ini, beliau ingin membuat pertukaran no akaun bank di dalam sistem KWAP ini.

Aktiviti

Encik osman mengemukakan beberapa dokumen kepada petugas Pusat Internet yang perlu dihantar ke pihak KWAP secara atas talian (email) dan seterusnya, Petugas membantu Encik Osman untuk mengisi di dalam sistem KWAP mengunakan komputer di Pusat Internet.

Gambar di sini

  Tarikh    : 12 Jun 2019

  Masa      : 2.15 petang - 6.00 petang

  Lokasi    : Pusat Internet Gerik

  Peserta  : Pelajar  SPM dan Orang Awam

 

 

Tujuan

Pengguna yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah mengunakan perkhidmatan di Pusat Internet untuk menyiapkan kerja kursus dengan mengunakan internet untuk kerja-kerja pencarian maklumat dan sebagainya. Mereka juga mengunakan perkhidmatan lain di Pusat Internet seperti mencetak hasil yang dicari tersebut. Selain itu, dengan kemudahan capaian internet yang baik di Pusat Internet, terdapat sebilangan pelajar ini melakukan ulang kaji berbentuk permainan online yang merangkumi beberapa subjek. Terdapat juga pengguna mengunakan perkhidmatan internet di Pusat Internet untuk mengemaskini maklumat untuk pekerjaan terutamanya yang bekerja di sektor kerajaan.

 

Aktiviti

Para pengguna mengunakan perkhidmatan di Pusat Internet Gerik dengan bimbingan daripada petugas Pusat Internet jika terdapat beberapa perkara yang tidak diketahui oleh pengguna.

 

Gambar di sini

  Tarikh    : 24 Mei 2019

  Masa      : 2.30 petang - 4.30 petang

  Lokasi    : Pusat Internet Gerik

  Peserta  : Pelajar Lepasan SPM 2019

 

 

Tujuan 

Ini adalah proses akhir bagi pelajar lepasan SPM 2019 yang serstatus berjaya untuk kemasukan baru ke Politeknik sesi 2019/2020 di mana mereka perlu untuk membuat semakan akhir senarai yang perlu dibawa semasa mendaftarkan diri pada Jun 2019. Selepas membuat pengesahan maklumat, pelajar ini perlu untuk mencetak surat-surat yang berkaitan seperti senarai semak pendaftaran, yuran dan sebagainya.

 

Aktiviti

Pelajar membuat semakan bersama rakan-rakan yang lain dan setelah selesai mereka mengunakan perkhidmatan mencetak (print) di Pusat Internet Gerik

Gambar di sini

  Tarikh    : 30 Mei 2019

  Masa      : 2.30 petang - 5.00 petang

  Lokasi    : Pusat Internet Gerik

  Peserta  : Pelajar  SPM 2019

 

 

Tujuan

Kerja Kursus adalah menjadi satu keperluan kepada pelajar sekolah menengah seiring dengan kehendak silibus pembelajaran yang ditetapkan oleh KPM. Ia juga sebahagian daripada penilaian permarkahan tambahan di samping penilaian peperiksaan yang dijalankan. Kerja Kursus biasanya dinilai sebanyak 40 peratus daripada subjek dan selebihnya adalah peperiksaan akhir. Kerja Kursus memerlukan pencarian sumber daripada buku dan juga daripada internet.

 

Aktiviti

Pelajar SPM dari SMK Idris Shah II mengunakan perkhidmatan di Pusat Internet Gerik iaitu perkhidmatan Internet dan mencetak (print).

Gambar di sini

  Tarikh    : 14 Mei 2019

  Masa      : 2.30 petang - 4.30 petang

  Lokasi    : Pusat Internet Gerik

  Peserta  : Pelajar PT3

 

 

Tujuan 

Kerja Kursus dan folio adalah satu keperluan dalam pembelajaran iaitu sebahagian daripada penilaian tambahan untuk pelajar selain daripada menduduki peperiksaan akhir yang ditetapkan. Selain itu juga, ia adalah penilaian tambahan markah kepada pelajar untuk mendapatkan markah yang cemerlang. Ia adalah antara langkah KPM dalam memberikan pendedahan awal kepada pelajar untuk mengenal dan mempelajari cara atau sistem gerak kerja yang dipraktikkan pada peringkat pengajian IPTA dan IPTS. Jadi untuk melakukan kerja kursus dan folio ini memerlukan pelajar untuk mencari serta membuat analisis maklumat sebelum ia diterjemahkan kepada dalam bentuk ringkasan yang ditetapkan oleh guru mereka. Sudah pastinya untuk mencari maklumat tersebut mesti mengunakan kemudahan capaian internet sebagai tambahan selain sumber mereka di Perpustakaan. Oleh itu, mereka mengunakan kemudahan yang ada di Pusat Internet untuk menyiapkan kerja kursus dan folio.

 

Aktiviti

Mereka membuat perbincangan bersama ahli kumpulan mengenai tugasan yang diberikan. Kemudian tugas dibahagikan untuk mencari maklumat di Internet. Petugas pusat internet juga membantu dari segi kaedah untuk mengambil maklumat dari internet dengan betul kemudian dijadikan satu bentuk sumber rujukan yang betul. Jadi pelajar ini tidak sewenang-wenangnya menyalin terus maklumat daripada internet kerana mereka diajar teknik bagaimana untuk menyalin maklumat daripada internet dengan betul.

Gambar di sini