BUTIK HANANI

Keperluan Wanita Menutup Aurat

 

Nur Azrinahanim Binti Ramli, merupakan seorang usahawanita yang giat menjalankan perniagaan butik pakaian muslimah. Pelbagai pakaian dan aksesori khusus untuk wanita Muslim dijual samada di lot kedai berhampiran ataupun secara online.

 

Beliau bermula daripada berniaga kecil-kecilan seperti menjual kuih-muih apam polka dot, barangan felt kraft, dan rantai kunci. Beliau memasarkan produknya secara online.

 

Kejayaan

Bermula daripada jualan dropship daripada pembekal Niqab Collection kini beliau membuktikan kesungguhannya dalam menceburi perniagaan dengan berjaya membuka sebuah kedai. iaitu Butik Hannani. Butik ini yang terletak di No.10 Jalan Takong Datok 33300 Gerik Perak beroperasi Isnin hingga Sabtu bermula 9:30 pagi – 7.00 petang. Butik Hannani menjual pelbagai jenis pakaian muslimah seperti niqab, tudung labuh, jubah, aksesori pakaian dan lain-lain.  

 

Permintaan terhadap pakaian dan aksesori muslimah ini begitu mendapat sambutan bukan sahaja komuniti setempat malahan pembeli daripada negeri yang lain. Butik ini juga menawarkan pelbagai jenis kain dan warna aksesori tambahan yang memberikan banyak pilihan kepada pembeli yang rata-rata sukar untuk diperolehi. Pengguna biasanya ingin melihat kualiti barangan di kedai terlebih dahulu. Kemudian apabila berpuas hati dengan produk mereka seterusnya hanya membeli melalui online sahaja. 

Oleh hal demikian, pemilik Butik Hannani ini mengambil langkah untuk menggunakan platform internet sebagai medium jual beli produknya dan untuk pemasaran. 

 

 

 

 

 Chef Ice Cream

 

Muhammad Safwan Bin Ahmad 25, seorang usahawan muda merupakan anak tempatan yang berusaha mempopularkan ais krim ‘homemade’ 100% buatan sendiri. Beliau adalah graduan lepasan Diploma Ukur Tanah, yang begitu berminat dalam bidang keusahawanan. Pada awalnya beliau menceburi perniagaan percetakan terlebih dahulu yang dikenali sebagai ‘The Chetak’. Kemudian beliau memperluaskan lagi kemahiran keusahawanan dengan mengikuti latihan pengendalian makanan dalam skop pembuatan ais krim untuk katering.   

Setelah beliau telah tamat latihan, beliau mencuba penjualan ais krim secara katering di majlis-majlis keramaian tetapi tidak begitu memberansangkan kerana perniagaan ini biasanya bermusim.  Oleh yang demikian, tercetusnya idea beliau membuka premis sendiri untuk penjualan ais krim homemade ini dan dipelbagaikan produknya seperti jenama ais krim terkemuka.

Beliau telah membuat ais krim dengan resepinya yang tersendiri tanpa mengambil resepi orang lain.

Untuk sebarang pertanyaan atau ingin membuat tempahan, sila hubungi : 

016-449 9557(Safwan)

 atau datang terus ke : Chef Ice Cream No2, Kedai Hentian Teksi Gerik

(bersebelahan Hentian Teksi Gerik dan berhadapan Hentian Bas Gerik. )

Facebook : https://www.facebook.com/cheficecreamgerik/

 

 

 Castella Cafe

 

 

Mohd Isa Bin Mohammed Ramli (42), atau lebih dikenali sebagai “Tok Janggut Putih” seorang usahawan OKU merupakan anak tempatan yang berusaha mempopularkan semula masakan ikan Sungai Temenggor dan Tasik Banding. Makanan ini disediakan dengan kaedah dan resipi tradisional Melayu Hulu Perak yang kini semakin dilupakan. 

 

Sejarah

Bermula daripada berniaga kecil-kecilan seperti menjual ‘buah potong’ kemudian beralih kepada perusahaan membuat ikan pekasam. Hasil daripada perniagaan yang tidak seberapa ini, beliau mengorak langkah meneroka bidang perniagaan makanan Melayu Patani dan tempat riadah. Tercetus idea penubuhan Castella Café  dengan konsep dangau buluh, dibuka oleh beliau untuk mereka yang mahu menikmati hidangan yang sememangnya tidak ada di tempat lain.

Menu

Menu hidangan Castella Café dihasilkan dengan kaedah tradisi mengikut disiplin semulajadi. Masakan utamanya adalah ikan-ikan sungai yang segar diambil dari peraih-peraih di Sungai Temenggor dan Tasik Banding. Ikan Sebarau, Ikan Tengas dan ‘Raja Ikan Air Tawar’ Ikan Kelah terkenal dengan kesedapan tekstur isinya. Ikan-ikan ini amat sesuai dengan menu masakan Castella Café seperti ‘Gulai Sakai’ (Gulai Masam), Masak Lemak Cili Api, ikan pekasam Tok Janggut dan ikan bakar. 

Selain itu, Castella Cafe juga menghidangkan ‘Salad Orang Melayu’ terdiri daripada umbut bayas atau umbut mereding,pucuk paku,pucuk ubi, dengan air lawar iaitu kuah kerabu yang diperbuat daripada kerisik mengikut cara tradisi orang Melayu zaman dahulu.

Menu hidangan dilengkapi dengan ‘Nasi Daun Bemban’ yang dimasak di dalam buluh tentunya mempunyai aroma yang menyelerakan. Pengunjung pastinya terpesona dengan cara penyediaan makanan yang diletakkan di dalam buluh. Castella Café juga menerima tempahan makanan mengikut citarasa pengunjung.

Biasanya pengunjung hendaklah membuat tempahan lebih awal kerana tempat yang disediakan terhad.

 

Air Beruk 

Lokasi Castella Café ini terletak 10km di pinggir pekan Gerik yang berlatar belakang alam semulajadi. Aliran sungai ‘Air Beruk’ yang bersih dengan udara nyaman melupakan seketika suasana hiruk-pikuk di bandar. Dangau Buluh (Pondok) yang dibina menyerlahkan lagi suasana landskap Castella Café.

Secara tidak langsung pengunjung dapat melakukan aktiviti riadah seperti mandi sungai, berakit, dan permainan tradisional yang termasuk di dalam pakej tempahan. Pengujung dapat melakukan aktiviti-aktiviti ini dengan lebih privasi.

Perancangan

Tok Janggut Putih berharap perniagaan Castella Café ini dapat berkembang maju di samping memperkenalkan produk makanan tempatan ke dunia luar. Beliau juga ingin menambahbaik ‘Dangau Buluh’ dan menyediakan perkhidmatan Homestay.

 

Sub-kategori