Tarikh    : 16 Julai 2019

  Masa      : 10.00 pagi - 11.30 pagi

  Lokasi    : Pusat Internet Gerik

  Peserta  : Calon SPA peperiksaan

 

 

Tujuan

SPA8 ataupun Suruhanjaya Perkhidmatan Awam adalah badan kerajaan yang dilantik dalam menjalankan tugas-tugas dan fungsi berkaitan perlantikan jawatan di dalam kerajaan merangkumi perlantikan, pengesahan dan sebagainya. Ia termasuklah dengan menjalankan proses peperiksaan online dan sesi temuduga bagi calon yang layak. Peperiksaan online ini diperkenalkan oleh SPA dalam memastikan calon benar-benar layak sebelum melalui proses temuduga, ia juga memastikan calon betul-betul kompetensi bagi memegang jawatan tersebut. Calon yang layak untuk melalui proses peperiksaan online perlu melengkapkan peperiksaan ini mengikut masa yang ditetapkan.

 

Aktiviti

Calon bersedia pada pukul 10.00 pagi yang ditetapkan oleh pihak SPA. Biasanya peperiksaan dijalankan dalam masa 1 hingga 2 jam. Hasil keputusan akan diketahui melalui email oleh pihak SPA.

Gambar di sini

  Tarikh    : 13 & 14 Julai 2019

  Masa      : 9.00 pagi - 4.00 petang

  Lokasi    : Felda Nenering 1

  Peserta  : Komuniti Felda Nenering 1

 

 

Tujuan

Program Kelestarian Felda Zon Utara ini diadakan di Felda Nenering 1 di mana program ini diuruskan oleh Pejabat Penerangan Negeri Perak bersama kerjasama dengan jabatan-jabatan kerajaan dan swasta. Program ini adalah untuk memperkasakan lagi Felda khasnya di zon utara dengan memperkenalkan saluran maklumat kepada penduduk-penduduk Felda. Pusat Internet juga terlibat sebagai antara Pusat penyebaran maklumat ICT di bawah SKMM. Pelbagai booth maklumat dan jualan yang terdapat di program tersebut.

 

Aktiviti

Program ini dimulakan dengan aktiviti pagi iaitu kecergasan senamrobik untuk penduduk dan peserta dari Felda Nenering 1, seterusnya peserta boleh melawat semua booth yang tersedia pada hari program tersebut. Program ini dirasmikan oleh MB Perak iaitu, Dato' Seri Ahmad Faizal bin Azumu. Antara tetamu VIP yang hadir juga, Pengarah Penerangan Perak, Pengarah Urusan Felda Zon Perak, Penyelaras Dun Pengkalan Hulu.

Gambar di sini

  Tarikh    : 2 Julai 2019

  Masa      : 2.15 petang - 6.00 petang

  Lokasi    : Pusat Internet Gerik

  Peserta  : Pelajar  SPM 

 

 

Tujuan

Pengguna yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah mengunakan perkhidmatan di Pusat Internet untuk menyiapkan kerja kursus dengan mengunakan internet untuk kerja-kerja pencarian maklumat dan sebagainya. Mereka juga mengunakan perkhidmatan lain di Pusat Internet seperti mencetak hasil yang dicari tersebut. Untuk kerja kursus ini, mereka menyiapkan kerja kursus yang diberikan dan mereka perlu 'print' hasil kerja tersebut untuk dihantar. Kebanyakan mereka adalah pelajar sekolah menengah yang mengambil subjek perniagaan.

 

Aktiviti

Para pengguna mengunakan perkhidmatan di Pusat Internet Gerik dengan bimbingan daripada petugas Pusat Internet jika terdapat beberapa perkara yang tidak diketahui oleh pengguna.

Gambar di sini

  Tarikh    : 9 Julai 2019

  Masa      : 2.15 petang - 4.00 petang

  Lokasi    : Pusat Internet Gerik

  Peserta  : Pesara ATM 

 

 

Tujuan

Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit, atau biasanya dikenali sebagai AKPK, ialah sebuah agensi yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia pada bulan April 2006 untuk membantu individu menguasai situasi kewangan mereka dan mencapai ketenangan minda hasil daripada penggunaan kredit secara bijak. Di Pusat Internet, En.Mohd Zaki adalah seorang pesara tentera yang ingin membuat pinjaman kenderaan ingin belajar mengisi secara atas talian sistem AKPK seperti yang dikehendaki oleh pihak bank yang dipilih beliau untuk membuat pinjaman tersebut.

 

Aktiviti

En.Mohd Zaki dibantu oleh petugas Pusat Internet untuk melengkapkan proses mengisi di dalam sistem tersebut. Beliau juga dapat belajar kerana ia amat penting untuk melakukan sebarang pinjaman di masa akan datang kelak.

Gambar di sini

  Tarikh    : 28 Jun 2019

  Masa      : 9.00 pagi - 3.00 Petang

  Lokasi    : Pejabat Penerangan Daerah Pengkalan Hulu

  Peserta  : Komuniti Pengkalan Hulu

 

 

Tujuan

Program ini dijalankan adalah sebagai pengukuhan kepada komuniti setempat mengenai peranan pejabat penerangan selain menerangkan dengan lebih lanjut mengenai fungsi pejabat penerangan kepada komuniti. Ia bagi memastikan komuniti memahami dan mengetahui tindakan yang boleh dibuat melalui pejabat penerangan yang mana ia dijayakan dengan kerjasama pihak seperti PDRM dan Pusat Internet yang berhampiran. Program ini juga hasil usaha dan kerjasama daripada Pihak Polis (PDRM IPD Pengkalan Hulu), Pusat Internet dan juga Rahman Hydraulic Tin SDN BHD. Tambahan pula, program ini diteruskan dengan penerangan daripada PDRM dan Pusat Internet manakala pihak Rahman Hydraulic Tin SDN BHD pula menjalankan sesi temuduga terbuka kepada belia mengenai kekosongan jawatan untuk pekerjaan.

 

Aktiviti

Program ini dimulakan dengan penerangan daripada Pihak Pejabat Penerangan dan diikuti oleh Pihak PDRM. Manakala selepas itu, sesi temuduga terbuka dijalankan oleh pihak Rahman Hydraulic Tin sehingga berakhir pada petang.

Gambar di sini