Tarikh    : 10 Oktober 2020

  Masa      : 10.00 pagi - 4.00 petang

  Lokasi    : Pusat Internet Gerik

  Peserta  : Usahawan/peniaga Daerah Hulu Perak

 

 

Tujuan

Program Daftar SSM ini dianjurkan oleh pihak SSM cawangan Ipoh hasil kerjasama bersama Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Hulu Perak bertempat di Pusat Internet Gerik kerana mempunyai kemudahan internet yang baik dan kondusif. Program ini bertujuan untuk memberikan kemudahan kepada peniaga atau usahawan bagi mendaftar untuk perniagaan yang dijalankan oleh mereka merangkumi perniagaan dengan membuka premis ataupun secara atas talian.

Selain itu, bagi usahawan dan peniaga yang mempunyai pendaftaran SSM sedia ada yang tamat tarikh, boleh juga mengemukakan pembaharuan semula. Pihak SSM menyediakan perkhidmatan 'thumbprint' yang memudahkan proses pendaftaran.

Semua proses yang dijalankan mengikut SOP yang telah ditetapkan.

 

Aktiviti

Program Daftar SSM bermula pada pukul 10 pagi dan berakhir pada pukul 4 petang. Program dijalankan dengan mengikut turutan serta SOP