PEMBELAJARAN KOMPUTER

Nama Jessika Binti Ibrahim
Umur : 22 tahun
Ahli : 2016

 

Latar Belakang

 

Jessika Binti Ibrahim 22, merupakan seorang pelajar yang melanjutkan pelajaran di UITM. Beliau merupakan pelajar berbangsa Orang Asli kerap menggunakan Pusat Internet Gerik sebagai tempat menyiapkan tugasan dan mencari bahan-bahan rujukan pembelajarannya. Di samping itu, beliau sering mengikuti program-program anjuran Pusat Internet Gerik dengan menyertai bengkel seperti Latihan Keusahawanan, Modul Fungsi Latihan Media Baharu dan sebagainya.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 Beliau hanya mempunyai asas pengetahuan dalam komputer sahaja dan tidak tahu menggunakan internet.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kini segala urusan berkaitan penggunaan komputer mampu dilakukan sendiri. Beliau sering mengunjungi Pusat Internet sebagai rujukan atau mendapat maklumat terkini. Beliau juga mahir dalam modul Microsoft Office dan mampu mengajar pelajar lain.

 

 

 

KURSUS ASAS KEUSAHAWANAN

Nama Nor Zawati Binti Zakariya 
Umur : 38 tahun
Ahli : 2014

 

Latar Belakang

Nor Zawati Binti Zakariya , merupakan seorang usahawan yang giat menjalankan perniagaan menjual pakaian, peralatan dan ubat-buatan khusus untuk bayi dan kanak-kanak. Pemilik Wyzati Enterprise ini  sering ke Pusat Internet Gerik untuk belajar memasarkan produknya melalui online. Beliau bermula mengikuti kursus asas komputer, kursus keusahawanan anjuran Pi Gerik dengan kerjasama pelbagai agensi seperti MDEC, AIM dan MARA Hulu Perak.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Menggunakan medium media sosial tetapi buntu kerana followers/likes yang sedikit merencatkan pemasaran dan pengiklanan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Setelah mempelajari teknik dan tips untuk menarik lebih ramai lagi pelanggan seperti kemasan gamabar, copy writing product, boost marketing dan sebagainya

 

 

 

BELAJAR ONLINE MARKETING

Nama Noreha Binti Mohamed Saied
Umur : 52 tahun
Ahli : 2017

 

Latar Belakang

NOREHA BINTI MOHAMED SAIED, merupakan seorang usahawanita yang giat menjalankan perniagaan penjualan alat kosmetik keluaran ARSG. Dahulunya beliau menjual makanan tradisional seperti tapai tetapi kurang mendapat sambutan dan beralih kepada penjualan alat kosmetik.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Hanya menjual produk di kedai makan di kawasan Pekan Gerik sahaja disebabkan beliau kurang mahir menggunakan komputer dan internet. Pengiklanan pun terhad kepada penduduk sekitar sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Permintaan terhadap produk kecantikan yang dijual meningkat bukan sahaja komuniti setempat malahan pembeli daripada negeri yang lain. Beliau juga berhasrat untuk mempelbagaikan lagi produk untuk jualannya dan dijual secara online menggunakan media sosial.

 

 

 

BELAJAR KOMPUTER SECARA ASAS

Nama Puteri Nurul Husna Bt Megat Radyan
Umur : 18 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

 

Puteri Nurul Husna Bt Megat Radyan merupakan seorang lepasan SPM dan merupakan pelajar cemerlang dan akan melanjutkan pelajaran ke IPT.

Walaupun mempunyai kemahiran asas tentang ICT, beliau masih belum mahir menggunakan komputer seperti membuat graf, membuat formula dan sebagainya. Memandangkan kerja kursusnya memerlukan beliau untuk menggunakan komputer dan internet, beliau datang ke PI Gerik untuk mengikuti latihan atau bengkel ICT yang diadakan di PI Gerik.

Beliau tidak mahu ketinggalan demi menempuhi cabaran akan datang yang semakin berkembang teknologi masa kini. Beliau mendaftar keahlian di PI Gerik untuk memenuhi hasrat bagi menambah ilmu pengetahuan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau amat kekok dengan penggunaan komputer kerana jarang menggunakannya. Segala urusan kerja kursus beliau meminta bantuan rakan-rakannya.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kini segala urusan berkaitan penggunaan komputer mampu dilakukan sendiri. Beliau sering mengunjungi Pusat Internet sebagai rujukan atau mendapat maklumat terkini.

 

 

BELAJAR ONLINE MARKETING

Nama : Mohd Firdaus Bin Mat Rashid
Umur : 32 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Mohd Firdaus Bin Mat Rasid , merupakan seorang usahawan yang giat menjalankan perniagaan ternakan haiwan ruminan seperti lembu dan kambing, ternakan lebah kelulut, dan ikan pekasam. Pemilik Tatawur Global ini  sering ke Pusat Internet Gerik untuk belajar memasarkan produknya melalui online. Beliau bermula mengikuti kursus asas komputer, kursus keusahawanan anjuran Pi Gerik dengan kerjasama pelbagai agensi seperti MARA Hulu Perak.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

 

Hanya menjual produk di  lot kedai Bazaar MARA Gerik sahaja disebabkan beliau kurang mahir menggunakan komputer dan internet. Pengiklanan pun terhad kepada penduduk sekitar sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Permintaan terhadap produknya meningkat dan mendapat banyak tempahan daripada pelbagai pelanggan terutamanya yang mengadakan majlis keramaian. Kebanyakkan tempahan yang dilakukan adalah melalui media sosial , selepas daripada beliau mengikuti latihan Bengkel Facebook Ads di Pi Gerik.