PEMBELAJARAN KOMPUTER

Nama Jessika Binti Ibrahim
Umur : 22 tahun
Ahli : 2016

 

Latar Belakang

 

Jessika Binti Ibrahim 22, merupakan seorang pelajar yang melanjutkan pelajaran di UITM. Beliau merupakan pelajar berbangsa Orang Asli kerap menggunakan Pusat Internet Gerik sebagai tempat menyiapkan tugasan dan mencari bahan-bahan rujukan pembelajarannya. Di samping itu, beliau sering mengikuti program-program anjuran Pusat Internet Gerik dengan menyertai bengkel seperti Latihan Keusahawanan, Modul Fungsi Latihan Media Baharu dan sebagainya.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 Beliau hanya mempunyai asas pengetahuan dalam komputer sahaja dan tidak tahu menggunakan internet.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kini segala urusan berkaitan penggunaan komputer mampu dilakukan sendiri. Beliau sering mengunjungi Pusat Internet sebagai rujukan atau mendapat maklumat terkini. Beliau juga mahir dalam modul Microsoft Office dan mampu mengajar pelajar lain.