Tarikh     : 20 Mac 2023

Masa       : 3.00 Petang - 5.00 Petang

Lokasi     : Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Gerik

Peserta   : Usahawan

WhatsApp-Image-2023-03-21-at-3.23.24-PM

Tujuan
 
Bertujuan mempelajari cara-cara menjual barang di tiktok shop.
 
Aktiviti
 
Para usahawan menggunakan kemudahan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Gerik sebagai tempat untuk menimba ilmu tentang cara menjual produk mereka sendiri dan produk usahawan lain secara percuma. Para usahawan diajar oleh Rakan Digital PEDi cara menggunakan tiktok shop dengan betul. Rakan Digital di PEDi Gerik juga memberikan tunjuk ajar dengan sebaiknya kepada usahawan yang terlibat dan seterusnya memberi tugas kepada mereka untuk memasukkan produk gabungan dari usahawan lain.
 

Tarikh     : 13 Mac 2023

Masa       : 3.00 Petang - 5.00 Petang

Lokasi     : Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Gerik

Peserta   : Pelajar Sekolah

WhatsApp-Image-2023-03-17-at-4.47.21-PM-1

Tujuan
 
Bertujuan mempelajari cara-cara membuat surat rasmi dan sebut harga.
 
Aktiviti
 
Pelajar ini menggunakan kemudahan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Gerik sebagai tempat untuk menimba ilmu tentang cara menghasilkan surat yang betul selain dapat mempelajari cara membuat sebutharga atau resit secara manual. Pelajar diajar cara menggunakan microsoft office word dan excel dengan betul melalui komputer. Petugas di PEDi Gerik memberikan tunjuk ajar dengan sebaiknya kepada pelajar yang terlibat dan seterusnya memberi tugas kepada pelajar untuk membuat surat dan sebutharga.
 

Tarikh     : 03 Mac 2023

Masa       : 10.30 Pagi - 12.00 Tgh Hari

Lokasi     : Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Gerik

Peserta   : Guru Sekolah

WhatsApp-Image-2023-03-03-at-5.28.57-PM-1

Tujuan
 
Bertujuan mengisi markah untuk kertas ujian akhir akademik dan pentaksiran pelajar. 
 
Aktiviti
 
Guru sekolah ini menggunakan kemudahan PEDi untuk mengisi markah pelajar disamping mendapat tunjuk ajar dari petugas PEDi bagi penggunaan komputer. 
 

Tarikh     : 09 Mac 2023

Masa       : 3.00 Petang - 5.00 Petang

Lokasi     : Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Gerik

Peserta   : Pelajar Sekolah dan Usahawan

WhatsApp-Image-2023-03-10-at-12.17.20-PM-1

Tujuan
 
Bertujuan mempelajari cara-cara membuat poster produk menggunakan aplikasi canva.
 
Aktiviti
 
Para usahawan dan pelajar menggunakan kemudahan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Gerik sebagai tempat untuk menimba ilmu tentang ilmu keusahawanan dan penggunaan aplikasi canva. Setiap usahawan dan pelajar diajar cara menggunakan platform canva dengan betul sama ada melalui telefon bimbit mahupun komputer. Petugas di PEDi Gerik memberikan tunjuk ajar dengan sebaiknya kepada mereka yang terlibat dan seterusnya memberi tugas kepada usahawan untuk membuat poster melalui aplikasi canva.
 

Tarikh     : 21 Februari 2023

Masa       : 10.30 Pagi - 2.00 Petang

Lokasi     : Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Gerik

Peserta   : Komuniti

kwsp-2

Tujuan
 
Bertujuan memberi kemudahan kepada komuniti setempat untuk mendapatkan perkhidmatan KWSP secara semuka.
 
Aktiviti
 
Komuniti setempat menggunakan peluang ini untuk menanyakan berkenaan KWSP kepada pegawai yang bertugas sekaligus dapat mendaftar sebagai pengguna i-akaun serta boleh membuat caruman sendiri bagi yang bekerja sendiri.