Tarikh     : 15 Februari 2024

Masa       : 10.00 pagi - 1.00 Tgh Hari

Lokasi     : Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Gerik

Peserta   : Komuniti

 WhatsApp-Image-2024-02-24-at-10.09.30-AM

Tujuan
 
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Gerik menyediakan ruang kepada pengajar dan komuniti bagi kursus ini.
 
Aktiviti
 
Komuniti yang hadir bertujuan untuk mendapatkan ilmu tentang asas tatarias dan dapat dipraktikkan untuk pekerjaan mereka nanti.
 

Tarikh     : 05 Februari 2024

Masa       : 09.00 pagi - 6.00 Petang

Lokasi     : Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Gerik

Peserta   : Komuniti

 WhatsApp-Image-2024-02-08-at-3.28.10-PM-1

Tujuan
 
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Gerik menyediakan ruang kepada komuniti setempat untuk pendaftaran sistem Pangkalan Data Utama (PADU).
 
Aktiviti
 
Komuniti yang hadir bertujuan untuk mendapatkan khidmat pendaftaran maklumat dalam sistem PADU. Maklumat peribadi yang diisi bertujuan untuk memudahkan kerajaan mensasarkan bantuan dan subsidi kepada mereka kelak.
 

Tarikh     : 27 Januari 2024

Masa       : 10.00 Pagi - 1.00 Tgh Hari

Lokasi     : Dewan Orang Ramai Kampung Lalang, Gerik

Peserta   : Komuniti dan Usahawan

 WhatsApp-Image-2024-01-30-at-10.13.21-AM-1

Tujuan
 
Memberi pendedahan kepada komuniti tentang bahayanya jika tidak berhati-hati dalam dunia digital. 
 
Aktiviti
 
Petugas di PEDi Gerik memberi pendedahan kepada komuniti tentang perananan MCMC dan cara atasi masalah apabila berhadapan dengan penipuan atas talian. Petugas juga mengajar komuniti agar celik dalam menggunakan teknologi seperti telefon bimbit. Program ini juga melibatkan agensi lain seperti Jabatan Perangkaan untuk pengisian PADU dan agensi Tabung Haji.
 

Tarikh     : 30 Januari - 03 Februari 2024

Masa       : 09.00 Pagi - 05.00 Petang

Lokasi     : Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Gerik

Peserta   : Komuniti dan Usahawan

 WhatsApp-Image-2024-02-06-at-3.21.31-PM

Tujuan
 
Memberi pendedahan kepada komuniti tentang cara membaiki telefon bimbit yang rosak. 
 
Aktiviti
 
Kursus ini dijalankan selama 5 hari di PEDi Gerik. PEDi Gerik menyediakan ruang kepada pengajar dan peserta bagi mengikuti kursus ini. Kursus ini bertujuan untuk menggalakkan komuniti setempat yang tidak mempunyai sebarang pekerjaan, melibatkan diri mereka ke arah yang bermanfaat. Kursus ini diselaraskan oleh Shen Jai TVET College, Ipoh, Perak.
 

Tarikh     : 23 Januari 2024

Masa       : 4.30 Petang - 5.30 Petang

Lokasi     : Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Gerik

Peserta   : Usahawan

 WhatsApp-Image-2024-01-23-at-6.07.23-PM

Tujuan
 
Usahawan mendaftarkan maklumat perniagaan mereka dalam sistem Perak SME D-Base bagi memudahkan mereka untuk mendapatkan geran dan bantuan daripada STEP.
 
Aktiviti
 
Petugas dan Rakan Digital di PEDi Gerik membantu mendaftarkan maklumat usahawan dalam sistem tersebut sehingga selesai. Antara maklumat yang perlu usahawan masukkan seperti salinan kad pengenalan, gambar profil, ssm, gambar hadapan premis dan maklumat perniagaan lain.