Tarikh     : 26 November 2023

Masa       : 10.00 pagi - 1.00 Tgh Hari

Lokasi     : Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Gerik

Peserta   : Usahawan dan Komuniti

 WhatsApp-Image-2023-11-27-at-3.58.39-PM-1

Tujuan
 
Usahawan dan komuniti mengikuti kursus pengendalian makanan bagi melayakkan mereka untuk mendapatkan sijil yang diwajibkan oleh KKM.
 
Aktiviti
 
Petugas di PEDi Gerik menyediakan ruang untuk penceramah mengadakan kursus ini dan memudahkan komuniti setempat untuk mengikuti kursus ini. Kursus ini dijalankan selama 3 jam sahaja oleh Syarikat Sikap Intan, Ipoh.
 

Tarikh     : 13 November 2023

Masa       : 3.30 Petang- 06.00 Petang

Lokasi     : Pusat Ekonomi Digital (PEDi), Gerik

Peserta   : Usahawan

WhatsApp-Image-2023-11-24-at-5.18.22-PM

Tujuan
 
Bertujuan mempelajari dan menguasai ilmu tentang pemasaran digital atas talian.
 
Aktiviti
 
Usahawan dapat mempelajari tentang teknik pemasaran digital atas talian sekaligus dapat mempelajari tentang teknik fotografi serta suntingan gambar untuk diletakkan di dalam pasaran digital.
 

Tarikh     : 22 Oktober 2023

Masa       : 08.00 Pagi - 05.00 Petang

Lokasi     : Kolej Komuniti Gerik, Perak

Peserta   : Pelajar & Usahawan

WhatsApp-Image-2023-10-26-at-4.54.53-PM

Tujuan
 
Bertujuan mempelajari dan menguasai ilmu perniagaan di dalam aplikasi tiktok.
 
Aktiviti
 
Kolej Komuniti Gerik telah menjemput PEDi Gerik untuk mengadakan kursus tiktok shop. PEDi Gerik telah bekerjasama dengan PEDi Felda Nenering 1 untuk menjayakan kursus ini. Di dalam kursus ini, usahawan dapat menjual produk orang lain tanpa mengeluarkan sebarang modal di samping dapat mengetahui tentang selok belok cara untuk memperluaskan lagi produk mereka. Untuk sesi petang pula, usahawan dapat mempelajari sedikit tentang Klik Dengan Bijak yang dikongsikan oleh Pengurus PEDi Gerik dan seterusnya mempelajari tentang cara menjual produk sendiri melalui aplikasi tiktok shop center.
 

Tarikh     : 10 November 2023

Masa       : 03.00 Petang- 05.00 Petang

Lokasi     : Pusat Ekonomi Digital (PEDi), Gerik

Peserta   : Usahawan

WhatsApp-Image-2023-11-21-at-5.56.36-PM

Tujuan
 
Bertujuan mempelajari dan menguasai ilmu editing poster produk secara digital.
 
Aktiviti
 
Rakan digital dan petugas PEDi Gerik memberi tunjuk ajar kepada usahawan tentang cara menyunting poster digital secara lebih efektif. Selain dapat mencipta poster, usahawan juga dapat mempelajari tentang cara membuat logo untuk syarikat beliau sendiri. Pembelajaran secara personal ini lebih efektif kerana memudahkan usahawan untuk bertanya secara langsung.
 

Tarikh     : 17 Oktober 2023

Masa       : 10.00 pagi - 2.00 Petang

Lokasi     : Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Gerik

Peserta   : Komuniti & Usahawan

 WhatsApp-Image-2023-10-26-at-4.45.48-PM-1

Tujuan
 
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Gerik menyediakan ruang kepada pihak SSM Ipoh bagi memudahkan komuniti setempat berurusan dengan mereka.
 
Aktiviti
 
Komuniti yang hadir bertujuan untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada pihak SSM dan seterusnya mendapatkan khidmat pendaftaran perniagaan. Program ini sangat memudahkan komuniti kerana komuniti tidak perlu lagi hadir ke Pejabat SSM Ipoh.