hfmd poster

Penyakit HFMD mudah menjangkiti orang lain terutamanya kanak-kanak di premis tempat tumpuan mereka seperti taska dan tadika. Bilangan kes HFMD dijangka akan terus meningkat kerana kesedaran dan keprihatinan ibu bapa membawa anak yang mengalami gejala HFMD berjumpa pengamal perubatan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan. Ini menyebabkan peningkatan kes kerana HFMD adalah penyakit yang perlu dinotifikasikan kepada pihak kesihatan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Bagi tahun 2018, sehingga hari ini tiada kematian disebabkan HFMD atau enterovirus 71 (EV71) dilaporkan di Malaysia. 
 

Pihak KKM ingin mengingatkan orang ramai, khususnya ibu bapa, pengusaha taska/tadika/pra-sekolah serta pihak sekolah terlibat untuk:

1) tidak membawa anak yang dijangkiti HFMD ke tempat-tempat awam/sekolah/taska/tadika/pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan;

2) bawalah anak ke fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya menunjukkan gejala HFMD.

3) sentiasa mengamalkan budaya mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan selepas menyentuh / merawat lepuh;

4) membersihkan alatan mainan dan perkakasan yang digunakan oleh kanak-kanak serta lantai rumah termasuk tandas dengan menggunakan larutan campuran kloroks;

5) memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul; dan

6) membuat saringan di pintu masuk bagi memastikan kanak-kanak tiada tanda-tanda jangkitan HFMD sebelum masuk ke kelas.

Hospital Gerik

 

Jalan Intan,

33300 Gerik

Perak Darul Ridzuan

Tel : 05.7911333

Faks : 05-7911945

Fb: https://www.facebook.com/HOSPITAL-GERIK-103975979652799/

 

 

Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Perak

Aras 3, Bangunan Persekutuan,

33300 Gerik,

Perak Darul Ridzuan

Tel : 05-7763355

Faks : 05.7760612

 

Pejabat Pergigian Daerah Hulu Perak

 Jalan Intan,

33300 Gerik

Perak Darul Ridzuan

Tel : 05-7917882

Faks : 05-7917122

 

Klinik Kesihatan Daerah Hulu Perak

Bil

Klinik

Alamat

No. Telefon

1.

Klinik Kesihatan Lawin

33419 Lawin,
Hulu Perak,
Perak

05-7911907

2.

Klinik Kesihatan Plang

33320 Plang,
Perak

05-7917635

3.

Klinik Kesihatan Pengkalan Hulu

33100 Pengkalan Hulu,
Perak

04-4778355

4.

Klinik Kesihatan Lenggong

33400 Lenggong,
Hulu Perak,
Perak

05-7677355

 

 

 

*Sumber : Jabatan Kesihatan Negeri Perak