Tarikh     : 12 September 2023

Masa       : 09.00 pagi - 5.00 Petang

Lokasi     : Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Gerik

Peserta   : Usahawan Wanita

 WhatsApp-Image-2023-09-24-at-4.19.30-PM

Tujuan
 
Program ini telah berjalan dengan lancar bagi bertujuan untuk melatih usahawan terutamanya usahawan wanita untuk celik dalam penggunaan komputer dan menjadikan mereka sebagai ikon usahawan wanita digital.
 
Aktiviti
 
Usahawan wanita yang hadir lebih daripada 20 orang bagi mengikuti program ini. Petugas PEDi memberikan kerjasama dengan menyediakan peralatan dan tempat bagi memudahkan tenaga pengajar dari IGB Training untuk mengajar. Program ini adalah salah satu inisiatif dari Kementerian Komunikasi dan Digital serta kolaborasi dengan Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP). Di dalam program ini, usahawan dapat belajar tentang teknik marketing secara atas talian dengan betul, cara editing poster produk, logo, dan cara jana pendapatan secara atas talian.
 

Tarikh     : 22 Ogos 2023

Masa       : 10.00 pagi - 2.00 Petang

Lokasi     : Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Gerik

Peserta   : Komuniti

 WhatsApp-Image-2023-08-22-at-6.22.09-PM-1

Tujuan
 
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Gerik menyediakan ruang kepada pihak KWSP Kuala Kangsar bagi memudahkan komuniti setempat berurusan dengan mereka.
 
Aktiviti
 
Komuniti yang hadir bertujuan untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada pihak KWSP dan seterusnya mendapatkan khidmat pendaftaran I-akaun. Program ini sangat memudahkan komuniti kerana komuniti tidak perlu lagi hadir ke Pejabat KWSP Kuala Kangsar dan Ipoh.
 
 

Tarikh     : 18 Ogos 2023

Masa       : 3.30 Petang - 5.30 Petang

Lokasi     : SRAR Nurul Hidayah Kg Perah, Gerik

Peserta   : Pelajar dan Guru

 WhatsApp-Image-2023-08-22-at-5.54.35-PM

Tujuan
 
Mengadakan aktiviti kemerdekaan bagi bertujuan memupuk semangat patriotik dalam kalangan pelajar dan guru.
 
Aktiviti
 
Petugas di PEDi Gerik menganjurkan aktiviti kemerdekaan ini di SRAR Nurul Hidayah Kg Perah. Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti mewarna, teka silang kata, sukaneka, nyanyian lagu patriotik dan berarak mengelilingi kampung terdekat.
 

Tarikh     : 20 Ogos 2023

Masa       : 09.30 pagi - 12.30 Tgh Hari

Lokasi     : Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Gerik

Peserta   : Peniaga dan Pekerja

 WhatsApp-Image-2023-08-22-at-6.09.13-PM-2

Tujuan
 
Peniaga mengikuti kursus pengendalian makanan bagi melayakkan mereka untuk mendapatkan sijil yang diwajibkan oleh KKM.
 
Aktiviti
 
Petugas di PEDi Gerik menyediakan ruang untuk penceramah mengadakan kursus ini dan memudahkan komuniti setempat untuk mengikuti kursus ini.
 

Tarikh     : 16 Ogos 2023

Masa       : 10.00 pagi - 2.00 Petang

Lokasi     : Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Gerik

Peserta   : Usahawan

 ssm2

Tujuan
 
Pihak SSM menggunakan PEDi Gerik sebagai tempat untuk memudahkan usahawan mendaftar perniagaan.
 
Aktiviti
 
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Gerik bertanggungjawab menyediakan ruang dan tempat bagi memudahkan usahawan untuk membuat urusan pendaftaran perniagaan. Usahawan juga boleh mendapatkan khidmat nasihat tentang permasalahan dalam pendaftaran perniagaan mereka. Justeru, dengan adanya kerjasama dengan SSM, usahawan tidak perlu lagi untuk ke bandar bagi mendaftar perniagaan.