Tarikh     : 07 April 2023

Masa       : 10.20 Pagi - 10.40 Pagi

Lokasi     : Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Gerik

Peserta   : Ibu Bapa

WhatsApp-Image-2023-04-10-at-3.51.23-PM-1

Tujuan
 
Bertujuan memasukkan maklumat peribadi anak ke dalam sistem pengurusan sekolah secara atas talian.
 
Aktiviti
 
Ibu bapa pelajar menggunakan kemudahan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Gerik sebagai tempat untuk melengkapkan maklumat anak-anak mereka di dalam sistem pengurusan sekolah secara atas talian kerana di PEDi capaian internetnya lebih mudah disamping dapat mempelajari tentang penggunaan komputer. Pengisian maklumat peribadi juga lebih terkawal dan selamat kerana di bawah pemantauan Pusat Ekonomi Digital.
 

Tarikh     : 05 April 2023

Masa       : 9.30 Pagi - 11.30 Pagi

Lokasi     : Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Gerik

Peserta   : Usahawan

WhatsApp-Image-2023-04-10-at-3.51.25-PM-1

Tujuan
 
Bertujuan mempelajari cara-cara memasukkan produk di dalam katalog whatsapp dan cara membalas whatsapp secara automatik.
 
Aktiviti
 
Para usahawan menggunakan kemudahan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Gerik sebagai tempat untuk menimba ilmu tentang cara menjual produk mereka sendiri dan produk usahawan lain secara percuma. Para usahawan diajar oleh Rakan Digital PEDi cara menggunakan whatsapp perniagaan dengan betul. Rakan Digital di PEDi Gerik juga memberikan tunjuk ajar dengan sebaiknya kepada usahawan yang terlibat dan seterusnya memberi tugas kepada mereka untuk memasukkan produk yang dijual.
 

Tarikh     : 20 Mac 2023

Masa       : 3.00 Petang - 5.00 Petang

Lokasi     : Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Gerik

Peserta   : Usahawan

WhatsApp-Image-2023-03-21-at-3.23.24-PM

Tujuan
 
Bertujuan mempelajari cara-cara menjual barang di tiktok shop.
 
Aktiviti
 
Para usahawan menggunakan kemudahan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Gerik sebagai tempat untuk menimba ilmu tentang cara menjual produk mereka sendiri dan produk usahawan lain secara percuma. Para usahawan diajar oleh Rakan Digital PEDi cara menggunakan tiktok shop dengan betul. Rakan Digital di PEDi Gerik juga memberikan tunjuk ajar dengan sebaiknya kepada usahawan yang terlibat dan seterusnya memberi tugas kepada mereka untuk memasukkan produk gabungan dari usahawan lain.
 

Tarikh     : 03 April 2023

Masa       : 2.00 Petang - 4.00 Petang

Lokasi     : Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Gerik

Peserta   : Usahawan dan Komuniti

WhatsApp-Image-2023-04-10-at-3.56.14-PM

Tujuan
 
Bertujuan mendapatkan geran "terminal cashless" secara percuma.
 
Aktiviti
 
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Gerik telah mengadakan program Hari Jelajah Pendaftaran Terminal Cashless secara percuma kepada semua komuniti dan usahawan. Ada segelintir usahawan yang tak dapat hadir namun borang pendaftaran masih boleh diisi pada hari berikutnya. Di dalam program ini, usahawan didedahkan tentang kebaikan menggunakan terminal ini disamping dapat menaikkan jualan mereka secara lebih sistematik.
 

Tarikh     : 13 Mac 2023

Masa       : 3.00 Petang - 5.00 Petang

Lokasi     : Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Gerik

Peserta   : Pelajar Sekolah

WhatsApp-Image-2023-03-17-at-4.47.21-PM-1

Tujuan
 
Bertujuan mempelajari cara-cara membuat surat rasmi dan sebut harga.
 
Aktiviti
 
Pelajar ini menggunakan kemudahan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Gerik sebagai tempat untuk menimba ilmu tentang cara menghasilkan surat yang betul selain dapat mempelajari cara membuat sebutharga atau resit secara manual. Pelajar diajar cara menggunakan microsoft office word dan excel dengan betul melalui komputer. Petugas di PEDi Gerik memberikan tunjuk ajar dengan sebaiknya kepada pelajar yang terlibat dan seterusnya memberi tugas kepada pelajar untuk membuat surat dan sebutharga.