Tarikh     : 21 Januari 2024

Masa       : 10.00 Pagi - 1.00 Tgh Hari

Lokasi     : Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Gerik

Peserta   : Usahawan dan Komuniti

 WhatsApp-Image-2024-01-23-at-5.53.37-PM

Tujuan
 
Usahawan dan komuniti mengikuti kursus pengendalian makanan bagi melayakkan mereka untuk mendapatkan sijil yang diwajibkan oleh KKM.
 
Aktiviti
 
Petugas di PEDi Gerik menyediakan ruang untuk penceramah mengadakan kursus ini dan memudahkan komuniti setempat untuk mengikuti kursus ini. Kursus ini dijalankan selama 3 jam sahaja oleh SLPM Sikap Intan, Ipoh.
 

Tarikh     : 15 Januari 2024

Masa       : 10.00 Pagi - 12.00 Tengah Hari

Lokasi     : Pusat Ekonomi Digital (PEDi), Gerik

Peserta   : Staf Perpustakaan Air Panas, Gerik

WhatsApp-Image-2024-01-16-at-2.47.54-PM-1

Tujuan
 
Bertujuan mempelajari dan menguasai ilmu perniagaan di dalam aplikasi tiktok dan cara mengiklankan produk.
 
Aktiviti
 
Rakan Digital dan Petugas PEDi Gerik telah memberi tunjuk ajar tentang cara mengiklankan produk mereka di tiktok secara percuma ataupun berbayar. Pengiklanan produk tersebut, bergantung pada beliau untuk menggunakan cara yang mana mengikut sesuai dengan kehendak. 
 

Tarikh     : 10 Januari 2024

Masa       : 10.00 pagi - 2.00 Petang

Lokasi     : Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Gerik

Peserta   : Komuniti & Usahawan

 WhatsApp-Image-2024-01-16-at-10.14.27-AM

Tujuan
 
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Gerik menyediakan ruang kepada pihak SSM Ipoh bagi memudahkan komuniti setempat berurusan dengan mereka.
 
Aktiviti
 
Komuniti yang hadir bertujuan untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada pihak SSM dan seterusnya mendapatkan khidmat pendaftaran perniagaan. Program ini sangat memudahkan komuniti kerana komuniti tidak perlu lagi hadir ke Pejabat SSM Ipoh.
 

Tarikh     : 11 Januari 2024

Masa       : 10.00 pagi - 5.00 Petang

Lokasi     : Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Gerik

Peserta   : Komuniti

 WhatsApp-Image-2024-01-16-at-10.09.29-AM

Tujuan
 
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Gerik menyediakan ruang kepada komuniti setempat untuk pendaftaran sistem Pangkalan Data Utama (PADU).
 
Aktiviti
 
Komuniti yang hadir bertujuan untuk mendapatkan khidmat pendaftaran maklumat dalam sistem PADU. Maklumat peribadi yang diisi bertujuan untuk memudahkan kerajaan mensasarkan bantuan dan subsidi kepada mereka kelak.
 

Tarikh     : 10 Januari 2024

Masa       : 10.00 Pagi - 1.00 Tgh Hari

Lokasi     : Kolej Komuniti Gerik

Peserta   : Penghulu Mukim Gerik & Ketua Kampung

 WhatsApp-Image-2024-01-12-at-4.58.50-PM

Tujuan
 
Pihak DOSM dari Jabatan Perangkaan Negeri Perak memberi taklimat tentang cara menggunakan sistem PADU kepada Penghulu dan Ketua Kampung.
 
Aktiviti
 
Di dalam taklimat ini, Penghulu dan Ketua Kampung dapat mempelajari tentang cara mengisi maklumat dalam sistem ini dan seterusnya dapat menyampaikan tentang peranan PADU untuk masa akan datang kepada masyarakat setempat.