Tarikh     : 04 Oktober 2022

  Masa      : 09.00 Pagi - 06.00 Petang

  Lokasi    : Arena Square Pengkalan Hulu

  Peserta  : Agensi, Usahawan dan Orang Awam

WhatsApp-Image-2022-10-05-at-12.20.29-PM

Tujuan
 
Program Hari Bersama Komuniti ini diadakan adalah bertujuan untuk mendekatkan komuniti dengan Pusat Ekonomi Digital disamping PEDi dapat mendedahkan tentang peranannnya kepada khalayak.
 
Aktiviti
 
Bersempena program ini, pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya, pameran gerai jualan, pameran agensi, demo pembuatan produk usahawan, demo masakan, bengkel memanah, ujian saringan minda sihat, aiskrim percuma dan makeup percuma. Majlis perasmian Program Hari Bersama Komuniti ini telah dirasmikan oleh Encik Safuan Bin Saleh Ketua Penolong Pegawai Daerah Pengkalan Hulu.
 

 Tarikh     : 08 September 2022

  Masa      : 10.00 Pagi - 01.00 Tgh Hari

  Lokasi    : Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Gerik

  Peserta  : Pelajar Sekolah

WhatsApp-Image-2022-09-23-at-3.46.12-PM-1

Tujuan
 
Pertandingan poster digital kemerdekaan ini diadakan adalah bertujuan untuk memupuk semangat akan cintakan negara dikalangan pelajar disamping pelajar dapat mempelajari tentang penggunaan komputer.
 
Aktiviti
 
Petugas di Pusat Ekonomi Digital (PEDi), Gerik memberi tunjuk ajar tentang penggunaan Microsoft Office Power Point untuk penyuntingan poster digital bertemakan kemerdekaan negara. Penggunaan Microsoft Power Point adalah platform yang mudah bagi pelajar sekolah rendah dan menengah.
 

 Tarikh     : 15 September 2022

  Masa      : 02.30 petang - 04.00 petang

  Lokasi    : Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Gerik

  Peserta  : Ahli

WhatsApp-Image-2022-09-17-at-3.00.17-PM-2

Tujuan
 
Ahli menggunakan kemudahan PEDi Gerik untuk mengisi borang maklumat diri melalui portal SPA 9 secara atas talian. Tujuan ahli mengisi borang ini adalah untuk memohon pekerjaan dalam sektor awam melalui atas talian.
 
Aktiviti
 
Petugas di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) memberi tunjuk ajar kepada ahli tentang penggunaan komputer dan cara mengisi maklumat diri dengan lengkap seterusnya sedikit sebanyak ahli dapat mempelajari sesuatu yang baru dalam penggunaan komputer.
 

 Tarikh     : 20 September 2022

  Masa      : 10.00 Pagi - 01.00 Tgh Hari

  Lokasi    : Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Gerik

  Peserta  : Usahawan

WhatsApp-Image-2022-09-23-at-12.45.13-PM

Tujuan
 
Petugas di PEDi Gerik memberi tunjuk ajar kepada usahawan tentang pemasaran media sosial di tiktok shop. Usahawan menggunakan platform ini untuk mengembangkan lagi produk mereka di pasaran dunia.
 
Aktiviti
 
Usahawan mempelajari pelbagai ilmu dalam tiktok shop ini. Bermula dengan pendaftaran akaun tiktok sendiri, akaun tiktok perniagaan dan cara untuk menjual produk mereka di platform tiktok shop. Petugas di PEDi Gerik membantu usahawan yang tidak mahir menggunakan komputer semasa kursus ini.
 

 Tarikh     : 09 September 2022

  Masa      : 03.30 petang - 06.00 petang

  Lokasi    : Sekolah Rendah Agama Rakyat Nurul Hidayah

                   Kampung Perah, Gerik, Perak

  Peserta  : Pelajar, guru & ibu bapa

WhatsApp-Image-2022-09-03-at-5.43.15-PM

Tujuan
 
Petugas di Pusat Ekonomi Digital Gerik menganjurkan program semarak kemerdekaan ini bagi menaikkan semangat kemerdekaan di kalangan anak-anak seterusnya dapat memupuk nilai kerjasama dan cintakan akan negara.
 
Aktiviti
 
Pelbagai aktiviti diadakan antaranya nyanyian lagu patriotik, kuiz kemerdekaan, dan pertandingan mewarna. Aktiviti ini dapat dijayakan dengan bantuan guru-guru dan petugas PEDi dan seterusnya dapat memupuk nilai harmoni di kalangan pelajar.