Tarikh     : 07 Julai 2023

  Masa      : 10.00 Pagi - 12.00 Tgh Hari

  Lokasi    : Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Gerik

  Peserta  : Komuniti

WhatsApp-Image-2023-07-11-at-5.06.17-PM-1

Tujuan
 
Komuniti melibatkan diri dalam mempelajari tentang asas komputer. 
 
Aktiviti
 
Petugas di PEDi Gerik membuka peluang kepada komuniti setempat bagi mengikuti bengkel ini secara percuma. Komuniti dapat mempelajari tentang asas Microsoft Office Word iaitu mencipta surat rasmi dan mempelajari serba sedikit cara menghasilkan penyata kira-kira dalam Microsoft Office Excel
 

 Tarikh     : 23 Jun 2023

  Masa      : 11.00 pagi - 12.00 Tgh Hari

  Lokasi    : Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Gerik

  Peserta  : Usahawan

ONLINE-2

Tujuan
 
Usahawan mengikut Webinar Modul Asas Keusahawanan yang bertopikkan "Mindset Usahawan" yang telah dijalankan oleh MSD secara atas talian.
 
Aktiviti
 
Petugas di PEDi Gerik membuka peluang kepada usahawan setempat bagi mengikuti webinar ini secara percuma. Usahawan dapat mempelajari tentang teknik pemikiran usahawan secara menyeluruh.
 

Tarikh     : 16 Jun 2023

Masa       : 9.30 Pagi - 12.00 Tgh Hari

Lokasi     : Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Gerik

Peserta   : Usahawan

d

Tujuan
 
Bertujuan mempelajari dan menguasai ilmu perniagaan di dalam aplikasi tiktok.
 
Aktiviti
 
Usahawan menggunakan kemudahan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Gerik sebagai tempat untuk mempelajari ilmu perniagaan di dalam aplikasi tiktok. Di dalam kelas ini, usahawan dapat menjual produk orang lain tanpa mengeluarkan sebarang modal di samping dapat mengetahui tentang selok belok cara untuk memperluaskan lagi produk mereka.
 

 Tarikh     : 20 Jun 2023

  Masa      : 10.00 Pagi - 12.00 Tgh Hari

  Lokasi    : Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Gerik

  Peserta  : Usahawan

 e

Tujuan
 
Petugas di PEDi Gerik memberi tunjuk ajar kepada usahawan tentang cara membuat poster digital melalui aplikasi canva. Usahawan menggunakan platform ini untuk mengembangkan lagi kerja mereka dan produk mereka di pasaran dunia.
 
Aktiviti
 
Mereka dapat mempelajari pelbagai ilmu dalam aplikasi canva ini. Bermula dengan pendaftaran akaun canva, masukkan latar belakang, tulisan dan sebagainya. Petugas di PEDi Gerik membantu mereka yang tidak mahir menggunakan komputer dan telefon bimbit semasa bengkel ini.
 

Tarikh     : 07 Jun 2023

Masa       : 2.30 Petang - 5.00 Petang

Lokasi     : Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Gerik

Peserta   : Kelab Robotik MTKQ Pondok Air Jernih

3

Tujuan
 
Bertujuan mengikuti bengkel asas kelestarian STeM dan asas penciptaan resume.
 
Aktiviti
 
Pelajar MTKQ Pondok Air Jernih mempelajari tentang cara menghasilkan resume yang tepat dan mempelajari tentang ciri-ciri resume yang majikan mahukan. Pembelajaran ini amat penting bagi mereka kerana mereka boleh bersiap sedia setelah mereka tamat sekolah. Antara aktviti lain yang Petugas jalankan adalah, taklimat tentang keselamatan atas talian dan pembelajaran asas STeM yang memerlukan pelajar berfikir tentang cara menyelesaikan sesuatu masalah terutamanya melibatkan sesuatu kumpulan.