Tarikh     : 12 September 2023

Masa       : 09.00 pagi - 5.00 Petang

Lokasi     : Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Gerik

Peserta   : Usahawan Wanita

 WhatsApp-Image-2023-09-24-at-4.19.30-PM

Tujuan
 
Program ini telah berjalan dengan lancar bagi bertujuan untuk melatih usahawan terutamanya usahawan wanita untuk celik dalam penggunaan komputer dan menjadikan mereka sebagai ikon usahawan wanita digital.
 
Aktiviti
 
Usahawan wanita yang hadir lebih daripada 20 orang bagi mengikuti program ini. Petugas PEDi memberikan kerjasama dengan menyediakan peralatan dan tempat bagi memudahkan tenaga pengajar dari IGB Training untuk mengajar. Program ini adalah salah satu inisiatif dari Kementerian Komunikasi dan Digital serta kolaborasi dengan Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP). Di dalam program ini, usahawan dapat belajar tentang teknik marketing secara atas talian dengan betul, cara editing poster produk, logo, dan cara jana pendapatan secara atas talian.