Tarikh : 16 Ogos 2023 Masa : 10.00 pagi - 2.00 Petang Lokasi : Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Gerik Peserta : Usahawan |
Tujuan
Pihak SSM menggunakan PEDi Gerik sebagai tempat untuk memudahkan usahawan mendaftar perniagaan.
Aktiviti
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Gerik bertanggungjawab menyediakan ruang dan tempat bagi memudahkan usahawan untuk membuat urusan pendaftaran perniagaan. Usahawan juga boleh mendapatkan khidmat nasihat tentang permasalahan dalam pendaftaran perniagaan mereka. Justeru, dengan adanya kerjasama dengan SSM, usahawan tidak perlu lagi untuk ke bandar bagi mendaftar perniagaan.