BELAJAR ADOBE PHOTOSHOP

Nama : Wan Muhammad Yaakob B. Wan Rahman
Umur : 24 tahun
Ahli : 2010

 

Latar belakang

Wan Muhammad Yaakob B. Wan Rahman, merupakan seorang pelajar IPT yang kerap mengunjungi Pi Gerik sejak 7 tahun yang lalu. Semenjak pengajian beliau di sekolah menegah lagi sehingga sekarang, beliau sering mengulang kaji pelajaran di Pi Gerik dan pengguna yang setia di Pi Gerik. Beliau juga dilantik menjadi sukarelawan Pi Gerik apabila cuti semester tiba.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau hanya mempunyai asas pengetahuan dalam komputer sahaja dan tidak tahu menggunakan internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kini segala urusan berkaitan penggunaan komputer mampu dilakukan sendiri. Beliau sering mengunjungi Pusat Internet sebagai rujukan atau mendapat maklumat terkini. Beliau juga mahir dalam modul Adobe Photoshop dan mampu mengajar pelajar lain.

BELAJAR INTERNET DAN MENAIP

Nama : Zaheeda Noh
Umur : 52 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Zaheeda Binti Noh, merupakan seorang ibu kepada 7 orang anak, bekerja sebagai Pembantu Tadbir di Sekolah Kebangsaan RPS Dala, Gerik iaitu sebuah perkampungan masyarakat Orang-orang Asli. Beliau merupakan orang tempatan Gerik yang berulang setiap hari ke tempat kerjanya iaitu perkampungan Orang-orang Asli tersebut.

Walaupun mempunyai pendapatan yang tetap, beliau masih belum mahir menggunakan komputer seperti membuka emel, menulis surat dan sebagainya. Memandangkan pekerjaannya memerlukan beliau untuk menggunakan internet, beliau datang ke PI Gerik untuk mengikuti latihan atau bengkel ICT yang diadakan di PI Gerik.

Beliau tidak mahu ketinggalan demi menempuhi cabaran akan datang yang semakin berkembang teknologi masa kini. Beliau mendaftar keahlian di PI Gerik untuk memenuhi hasrat untuk menambah ilmu pengetahuan paling tidak beliau menguasai asas computer kelak.

  

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Walapun memiliki komputer riba, beliau amat kekok menggunakannya. Segala urusan kerja beliau meminta bantuan rakan sekerja dan juga anak-anaknya.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kini beliau sudah mampu melakukan sendiri berkenaan urusan menaip menggunakan komputer. Beliau sering mengunjungi Pusat Internet sebagai rujukan atau mendapat maklumat terkini.

 

z1

 


PEMILIK BUTIK GERBANG IMPIAN

Nama : Siti Suriani Bakri
Umur : 35 tahun
Ahli : 2017

 

Siti Suriani Bakri, merupakan seorang usahawan yang giat menjalankan perniagaan menyediakan pakej perkahwinan lengkap. Pemilik Butik Gerbang Impian ini sering ke Pusat Internet Gerik untuk belajar memasarkan perniagaan dan perkhidmatannya melalui online. Beliau mula mengikuti kursus asas komputer dan kursus keusahawanan anjuran PI Gerik dengan kerjasama pelbagai agensi seperti MDEC.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Hanya memasarkan perniagaan butiknya di Gerik sahaja disebabkan beliau kurang mahir menggunakan komputer dan internet. Pengiklanan pun terhad kepada penduduk sekitar sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Permintaan terhadap perkhidmatannya meningkat dan mendapat banyak tempahan daripada pelbagai pelanggan terutamanya yang mengadakan majlis perkahwinan dan berendoi. Kebanyakan tempahan yang dilakukan adalah melalui media sosial, selepas daripada beliau mengikuti latihan Bengkel Facebook Ads di PI Gerik. Butik ini telah mempunyai FB page sendiri iaitu Butik Gerbang Impian.

 

5

 

6


PEMILIK IDDAS FROZEN

Nama : Hamidah Sulaiman
Umur : 43 tahun
Ahli : 2017

 

Hamidah Binti Sulaiman, merupakan seorang usahawanita yang menjual produk makanan sejuk beku di sekitar daerah Hulu Perak. Beliau sering ke Pusat Internet  Gerik untuk belajar memasarkan dan mempromosikan produknya melalui Facebook. Usahawan dibawah kelolaan MARA Hulu Perak ini memasarkan produk di sekitar pasaraya dan kedai runcit berdekatan sahaja. Beliau bermula mengikuti kursus asas komputer, kursus keusahawanan anjuran PI Gerik.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Hanya menjual produk di lot kedai Bazaar MARA Gerik sahaja disebabkan beliau kurang mahir menggunakan komputer dan internet. Pengiklanan pun terhad kepada penduduk sekitar sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI 

Beliau membangunkan Facebook page Iddas Frozen sebagai salah satu alternative lain untuk transaksi jual beli dan promosi. Jualan terhadap produknya meningkat dan menjadikan jaringan perniagaan lebih luas apabila permintaan bukan sahaja daripada pengguna telefon pintar malah pembekal dan penjual juga membeli untuk memenuhi keperluan stok barangan.

 

10


PENGURUS BUTIK NIQAVIE PERAK

Nama : Nur Azrinahanim Binti Ramli
Umur : 29 tahun
Ahli : 2013

 

Latar belakang

Nur Azrinahanim Binti Ramli, merupakan seorang usahawanita yang giat menjalankan perniagaan butik pakaian muslimah. Butik yang terletak di No.119 Jalan Takong Datok 33300 Gerik Perak ini beroperasi Isnin hingga Sabtu bermula 9.00 pagi hingga 6.00 petang. Butik ini menjual pelbagai jenis pakaian muslimah seperti niqab, tudung labuh, jubah, aksesori pakaian dan lain-lain. 

Permintaan terhadap pakaian dan aksesori muslimah begitu mendapat sambutan bukan sahaja komuniti setempat malahan pembeli daripada negeri yang lain. Butik ini juga menawarkan pelbagai jenis kain dan warna aksesori tambahan yang memberikan banyak pilihan kepada pembeli yang rata-rata sukar untuk diperolehi. Pengguna biasanya ingin melihat kualiti barangan di kedai terlebih dahulu. Kemudian apabila berpuas hati dengan produk mereka seterusnya hanya membeli melalui online sahaja. 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M 

Beliau bermula dari jualan dropship daripada pembekal Niqab Collection dengan bermodal kecil. Kemudianbeliau menjual koleksi pakaian muslimah dari rumah ke rumah. 

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M 

Selepas terlibat dengan aktiviti anjuran PI1M yang berkaitan dengan komputer, pemilik Butik Niqavie Perak ini mengambil langkah untuk menggunakan platform internet sebagai medium jual beli produknya dan untuk pemasaran. Cik Nur Azrinahanim membangunkan Facebook iaitu Butik Niqavie Perak dan akaun Instagram iaitu Niqavie Perak di Pi1M Gerik. Kini beliau telah membuktikan kesungguhannya dalam menceburi perniagaan dengan berjaya membuka butik ini. 

 

niqab3

 

niqavie