BELAJAR INTERNET DAN MENAIP

Nama : Mohd Sakri Bin Abdul Hamid
Umur : 52 tahun
Ahli : 2015

 

Latar belakang 

Mohd Sakri Bin Abdul Hamid merupakan seorang bapa kepada 6 orang anak, bekerja menoreh getah dan menjaga ternakan lembu di bawah program padang ragut berkelompok di Kampung Padang, Gerik. Walaupun beliau seorang petani dan hanya berpendidikan sehingga sekolah menengah sahaja, beliau tidak segan untuk belajar teknologi maklumat bersama anaknya. Ilmu teknologi maklumat ini adalah satu ilmu yang baru dan mencabar baginya untuk dipelajari.

Namun begitu, beliau tidak mahu ketinggalan demi menempuhi cabaran akan datang yang semakin berkembang teknologi masa kini. Beliau mendaftar keahlian di Pi1M Gerik untuk memenuhi hasrat untuk menambah ilmu pengetahuan paling tidak beliau menguasai asas computer kelak.

Beliau juga ada menubuhkan syarikat yang membekalkan hasil ternakan dan hasil pertanian untuk perniagaannya. Setakat ini segala urusan syarikat transaksi dalam bentuk dokumentasi diuruskan oleh anak beliau sendiri. Beliau mengambil inisiatif untuk belajar sendiri di PI1M Gerik bagi memahirkan diri. Hal ini dikhuatiri apabila anaknya menyambung pelajaran nanti suatu hari nanti, beliau terpaksa menguruskan sendiri hal berkaitan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Beliau amat kekok dengan penggunaan komputer walaupun memiliki komputer riba di rumah. Segala urusan kerja beliau meminta bantuan anak beliau sekiranya ada di rumah.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Kini segala urusan berkaitan penggunaan komputer mampu dilakukan sendiri. Beliau sering mengunjungi PI1M Gerik sebagai rujukan atau mendapat maklumat terkini.

 


PENGURUS BUTIK PENGANTIN IRRA NAZIRAH

Nama : Nazirah Binti Ahmad Shairazi
Umur : 28 tahun
Ahli : 2015

 

Latar belakang

Nazirah Binti Ahmad Shairazi, Pengurus Butik Pengantin Irra Nazirah iaitu pengusaha butik kecantikkan di daerah Gerik. Beliau merupakan seorang usahanita yang gigih dalam mempromosikan perkhidmatan dan produk yang disediakan. Bermula daripada perniagaan kecil-kecilan di rumah beliau mengorak langkah dengan mengembangkan perniagaan kepada perunding kecantikan khususnya untuk majlis perkahwinan.

Kalau dahulunya, beliau hanya mengedarkan risalah kepada penduduk tempatan dan pendapatan perniagaanya hanya sekitar RM1000 hingga RM2000 sebulan. Kini beliau berjaya meraih pendapatan kira-kira lebih RM5000 keatas setiap bulan dengan mempromosikan perniagaannya melalui laman web GMBO dan laman sosial Facebook.

Pada peringkat awalnya, beliau kurang mahir pengetahuan ICT dan komputer. Beliau hanya memberi risalah dalam suratkhabar atau mengupah orang sahaja. Memantapkan lagi perniagaanya, beliau mengambil inisiatif dan membuang sifat malu dengan menyertai Kelas Celik ICT dan Internet yang telah diadakan di PI Gerik sejak setahun yang lalu. Ahli PI Gerik ini juga sering menghadiri kelas-kelas e-keusahawan, kelas penggunaan laman sosial serta sebarang aktiviti yang dijalankan PI. Hasilnya, beliau berjaya mendaftar laman web GMBO di Pusat Internet Gerik dan membuka pula akaun Facebook iaitu Butik Pengantin Irra Nazirah.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau hanya mempromosikan perniagaan flyers di dalam akhbar tempatan. Pelanggannya terdiri daripada pelanggan yang mengenalinya sahaja. Pelanggan kebanyakan pada waktu puncak seperti majlis perkahwinan dan cuti sekolah. 

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau semakin mahir menggunakan komputer dengan menggunakan laman sosial Facebook untuk mempromosikan perniagaannya yang mumpunyai ramai ‘likers’ dan ‘followers’. Kini beliau sering mendapat tempahan di luar daerah Gerik dan mendapat perhatian pelbagai agensi. 

 

560855 283652305086667 1212111780 n

 


PEMILIK CASTELLA CAFE

 

Nama : Mohd Isa Bin Mohammed Ramli
Umur : 42 tahun
Ahli : 2015

    

No.Telefon/Tempahan : 011-20503454                  

Website: Tok Janggut Puthih / Castella Cafe

Link Video  : Success Story Castella Cafe

Link Foto  :  Success Stories : Castella Cafe

Link Menu : Castella Café

Link Keusahawanan : Castella Cafe

 

Latar belakang 

Mohd Isa Bin Mohammed Ramli atau lebih dikenali sebagai “Tok Janggut Putih” seorang usahawan OKU merupakan anak tempatan yang berusaha mempopularkan semula masakan ikan Sungai Temenggor dan Tasik Banding. Makanan ini disediakan dengan kaedah dan resipi tradisional Melayu Hulu Perak yang kini semakin dilupakan. 

Bermula daripada berniaga kecil-kecilan seperti menjual ‘buah potong’ kemudian beralih kepada perusahaan membuat ikan pekasam. Hasil daripada perniagaan yang tidak seberapa ini, beliau mengorak langkah meneroka bidang perniagaan makanan Melayu Patani dan tempat riadah. Tercetus idea penubuhan Castella Café  dengan konsep dangau buluh, dibuka oleh beliau untuk mereka yang mahu menikmati hidangan yang sememangnya tidak ada di tempat lain. Tok Janggut Putih berharap perniagaan Castella Café ini dapat berkembang maju di samping memperkenalkan produk makanan tempatan ke dunia luar. Beliau juga ingin menambahbaik ‘Dangau Buluh’ dan menyediakan perkhidmatan Homestay.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Walaupun usia Castella Café baru setahun beroperasi, perniagaan ini telah mendapat liputan media elektronik dan media cetak. Terdapat beberapa buah akhbar tempatan menyiarkan artikel-artikel berkenaan Castella Café. Antara akhbar tersebut adalah Sinar Harian, Berita Harian, Kosmo, dan Harian Metro. Seterusnya juga Castella Café mendapat liputan siaran tv berbayar Astro Prima dalam rancangan Primadona mengenai kewujudan Castella Café ini. Paling membanggakan hidangan Castella Café iaitu makanan Ala Melayu Patani Hulu Perak menjadi signature untuk hidangan Hotel Maya Kuala Lumpur pada bulan Ramadhan nanti.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M 

Baru-baru ini, Tok Janggut Putih datang ke Pi1M Gerik untuk mempelajari cara-cara penggunaan medium digital untuk mempromosikan perniagaannya. Selain itu juga, Tok Janggut Putih ingin mempelajari cara-cara menghasilkan katalog menu, pamphlet, business card yang lebih menarik. Castella Café juga akan dimasukkan dalam pencalonan Juara Digital Anugerah Usahawan Perkasa Jalur Lebar 2015 (BEE 2015) yang dicadangkan oleh Pi1M Gerik.

 

cas3

  

cas2