BELAJAR INTERNET DAN MENAIP

Nama : Mohd Sakri Bin Abdul Hamid
Umur : 52 tahun
Ahli : 2015

 

Latar belakang 

Mohd Sakri Bin Abdul Hamid merupakan seorang bapa kepada 6 orang anak, bekerja menoreh getah dan menjaga ternakan lembu di bawah program padang ragut berkelompok di Kampung Padang, Gerik. Walaupun beliau seorang petani dan hanya berpendidikan sehingga sekolah menengah sahaja, beliau tidak segan untuk belajar teknologi maklumat bersama anaknya. Ilmu teknologi maklumat ini adalah satu ilmu yang baru dan mencabar baginya untuk dipelajari.

Namun begitu, beliau tidak mahu ketinggalan demi menempuhi cabaran akan datang yang semakin berkembang teknologi masa kini. Beliau mendaftar keahlian di Pi1M Gerik untuk memenuhi hasrat untuk menambah ilmu pengetahuan paling tidak beliau menguasai asas computer kelak.

Beliau juga ada menubuhkan syarikat yang membekalkan hasil ternakan dan hasil pertanian untuk perniagaannya. Setakat ini segala urusan syarikat transaksi dalam bentuk dokumentasi diuruskan oleh anak beliau sendiri. Beliau mengambil inisiatif untuk belajar sendiri di PI1M Gerik bagi memahirkan diri. Hal ini dikhuatiri apabila anaknya menyambung pelajaran nanti suatu hari nanti, beliau terpaksa menguruskan sendiri hal berkaitan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Beliau amat kekok dengan penggunaan komputer walaupun memiliki komputer riba di rumah. Segala urusan kerja beliau meminta bantuan anak beliau sekiranya ada di rumah.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Kini segala urusan berkaitan penggunaan komputer mampu dilakukan sendiri. Beliau sering mengunjungi PI1M Gerik sebagai rujukan atau mendapat maklumat terkini.