BELAJAR ONLINE MARKETING

Nama : Mohd Firdaus Bin Mat Rashid
Umur : 32 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Mohd Firdaus Bin Mat Rasid , merupakan seorang usahawan yang giat menjalankan perniagaan ternakan haiwan ruminan seperti lembu dan kambing, ternakan lebah kelulut, dan ikan pekasam. Pemilik Tatawur Global ini  sering ke Pusat Internet Gerik untuk belajar memasarkan produknya melalui online. Beliau bermula mengikuti kursus asas komputer, kursus keusahawanan anjuran Pi Gerik dengan kerjasama pelbagai agensi seperti MARA Hulu Perak.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

 

Hanya menjual produk di  lot kedai Bazaar MARA Gerik sahaja disebabkan beliau kurang mahir menggunakan komputer dan internet. Pengiklanan pun terhad kepada penduduk sekitar sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Permintaan terhadap produknya meningkat dan mendapat banyak tempahan daripada pelbagai pelanggan terutamanya yang mengadakan majlis keramaian. Kebanyakkan tempahan yang dilakukan adalah melalui media sosial , selepas daripada beliau mengikuti latihan Bengkel Facebook Ads di Pi Gerik.