BELAJAR ONLINE MARKETING

Nama Noreha Binti Mohamed Saied
Umur : 52 tahun
Ahli : 2017

 

Latar Belakang

NOREHA BINTI MOHAMED SAIED, merupakan seorang usahawanita yang giat menjalankan perniagaan penjualan alat kosmetik keluaran ARSG. Dahulunya beliau menjual makanan tradisional seperti tapai tetapi kurang mendapat sambutan dan beralih kepada penjualan alat kosmetik.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Hanya menjual produk di kedai makan di kawasan Pekan Gerik sahaja disebabkan beliau kurang mahir menggunakan komputer dan internet. Pengiklanan pun terhad kepada penduduk sekitar sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Permintaan terhadap produk kecantikan yang dijual meningkat bukan sahaja komuniti setempat malahan pembeli daripada negeri yang lain. Beliau juga berhasrat untuk mempelbagaikan lagi produk untuk jualannya dan dijual secara online menggunakan media sosial.