BELAJAR KOMPUTER SECARA ASAS

Nama Puteri Nurul Husna Bt Megat Radyan
Umur : 18 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

 

Puteri Nurul Husna Bt Megat Radyan merupakan seorang lepasan SPM dan merupakan pelajar cemerlang dan akan melanjutkan pelajaran ke IPT.

Walaupun mempunyai kemahiran asas tentang ICT, beliau masih belum mahir menggunakan komputer seperti membuat graf, membuat formula dan sebagainya. Memandangkan kerja kursusnya memerlukan beliau untuk menggunakan komputer dan internet, beliau datang ke PI Gerik untuk mengikuti latihan atau bengkel ICT yang diadakan di PI Gerik.

Beliau tidak mahu ketinggalan demi menempuhi cabaran akan datang yang semakin berkembang teknologi masa kini. Beliau mendaftar keahlian di PI Gerik untuk memenuhi hasrat bagi menambah ilmu pengetahuan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau amat kekok dengan penggunaan komputer kerana jarang menggunakannya. Segala urusan kerja kursus beliau meminta bantuan rakan-rakannya.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kini segala urusan berkaitan penggunaan komputer mampu dilakukan sendiri. Beliau sering mengunjungi Pusat Internet sebagai rujukan atau mendapat maklumat terkini.