Tarikh : 15 Mac 2020 Masa : 2.45 petang - 5.00 petang Lokasi : Pusat Internet Gerik Peserta : Pelajar Lepasan SPM 2019 |
Tujuan
Proses untuk pengambilan pelajar lepasan SPM/STPM setaraf 2019 untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma dan ijazah telah dibuka oleh Kementerian Pendidikan (KPM) melalui sistem UPU. Pelajar diberikan tempoh untuk melengkapkan dan mengemaskini kursus yang ingin dimohon yang terdapat di dalam sistem tersebut. Untuk mengisi sistem ini, mereka perlu membeli no pin di Bank Simpanan Nasional untuk mengakses masuk sistem bagi seorang dan satu permohonan yangn akan didaftar. Keputusan bagi sistem UPU ini akan dikeluarkan pada bulan julai atau ogos 2020.
Aktiviti
Lepasan pelajar SPM 2019 dari SMK Batu 4, Gerik, Muhd Irfan mengunakan perkhidmatan di Pusat Internet Gerik oleh kerana kemudahcapaian internet yang baik di samping menjadi ahli bagi Pusat Internet Gerik sejak 2018. Petugas Pusat Internet juga membantu untuk mengisi dan juga memberikan pandangan mengenai kursus yang ingin diisi sehingga selesai.
Tarikh : 11 Feb 2020 Masa : 2.35 petang - 5.00 petang Lokasi : Pusat Internet Gerik Peserta : Pelajar PT3 SMK Gerik |
Tujuan
Mengunakan Microsoft Office terutamanya Word adalah antara perkara asas penting bagi individu sebagai permulaan untuk mengunakan komputer kerana Word adalah salah satu persian yang sering digunakan untuk membangunkan susunan teks,simbol,nombor dan sebagainya yang mana ia diterjemahkan menjadi surat,ucapan,kad dan sebagainya. Word menjadi pilihan yang terbaik dalam menaip kerana ia dilihat adalah lebih mudah dan senang dipelajari berbanding perisian yang lain.
Seramai 4 orang pelajar daripada SMK Gerik datang ke Pusat Internet dalam menambah ilmu di samping membuat kerja yang diberikan oleh guru. Mereka mempelajari untuk membangunkan satu senarai nama pelajar yang disusun di dalam bentuk kotak yang lebih teratur.
Aktiviti
Mereka dibantu oleh petugas Pusat Internet dengan petugas menunjukkan cara untuk membuat kotak dan seterusnya senarai dapat dibangunkan dengan kemas dan teratur.
Tarikh : 29 Feb 2020 Masa : 9.30 pagi - 12.00 Tengahari Lokasi : Pusat Internet Gerik Peserta : 11 orang Peserta |
Tujuan
Kursus Pengendalian Makanan ini adalah bertujuan melahirkan peniaga, penjual serta penyedia makanan khasnya yang bersih dan berkualiti seiring dengan keperluan yang digariskan oleh pihak Kementerian Kesihatan kepada mereka sebelum menjalankan aktivti penjualan dan perniagaan.Kursus ini adalah kewajipan bagi mereka yang ditetapkan oleh pihak KKM termasuk suntikan khas kepada mereka. Kursus dijalankan di Pusat Internet Gerik ini dikendalikan oleh Puan Munifah Binti Haji Abdul Aziz iaitu individu yang mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan untuk kursus pengendalian makanan ini.
Aktiviti
Semua peserta yang semuanya dari kawasan Gerik ini melalui proses pendaftaran dan seterusnya sesi penerangan oleh Puan Munifah. Mereka juga melalui sesi soal jawab bersama serta video mengenai penyediaaan makanan yang betul. Setelah selesai, mereka yang menghadiri kursus ini diberikan sijil.
Tarikh : 7 Feb 2020 Masa : 9.30 pagi - 12.00 Tengahari Lokasi : Pusat Internet Gerik Peserta : 8 orang Peserta |
Tujuan
Kursus Pengendalian Makanan (sesi 2) ini adalah bertujuan melahirkan peniaga, penjual serta penyedia makanan khasnya yang bersih dan berkualiti seiring dengan keperluan yang digariskan oleh pihak Kementerian Kesihatan kepada mereka sebelum menjalankan aktivti penjualan dan perniagaan.Kursus ini adalah kewajipan bagi mereka yang ditetapkan oleh pihak KKM termasuk suntikan khas kepada mereka. Kursus dijalankan di Pusat Internet Gerik ini dikendalikan oleh Puan Munifah Binti Haji Abdul Aziz iaitu individu yang mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan untuk kursus pengendalian makanan ini.
Aktiviti
Semua peserta yang semuanya dari kawasan Gerik ini melalui proses pendaftaran dan seterusnya sesi penerangan oleh Puan Munifah. Mereka juga melalui sesi soal jawab bersama serta video mengenai penyediaaan makanan yang betul. Setelah selesai, mereka yang menghadiri kursus ini diberikan sijil.
Tarikh : 26 Feb 2020 Masa : 9.30 pagi - 11.00 pagi Lokasi : Pusat Internet Gerik Peserta : Calon Siswazah UPSI |
Tujuan
Skim pemilihan bagi mengisi kekosongan jawatan bagi pegawai perkhidmatan pendidikan DG41 di jalankan oleh pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang mana lantikan yang berjaya mengisi kekosongan jawatan ini akan berkhidmat di institusi pendidikan di bawah kendalian MARA seperti MRSM, Giatmara, IKBN dan sebagainya. Terdapat beberapa jawatan yang ditawarkan mengikut kelulusan seperti pendidikan jasmani,sejarah,teknologi maklumat,bahasa melayu dan lain-lain lagi. Calon yang menjawab peperiksaan online ini adalah disenarai pendek melalui pemilihan di dalam sistem. Sekiranya berjaya, calon akan terus ke peringkat sesi fizikal dan temuduga yang akan berlangsung pada tarikh yang ditetapkan.
Aktiviti
Calon ditetapkan masa menjawab selama 1 jam 45 minit di mana soalan merangkumi objektif yang mengandungi soalan berdasarkan pengetahuan am dan subjek yang ditawarkan.