Tarikh    : 28 Januari 2020

  Masa      : 10.00 pagi - 1.00 etang

  Lokasi    : Pusat Internet Gerik

  Peserta  : Pelajar Tingkatan 5 

 

 

Tujuan

Semasa PKP dijalankan, pelajar sekolah terutamanya melakukan kerja dan tugasan yang diberikan oleh guru melalui atas talian ataupun dikenali sebagai Pdpr. Ia melibatkan penggunaan internet untuk mengakses maklumat dan juga kelas atas talian menerusi aplikasi google meeting, zoom meeting dan lain-lain lagi. 

 

Aktiviti

Seorang pelajar tingkatan 5 datang ke pusat internet gerik untuk menyiapkan tugasan atau kerja kursus yang diberikan guru di mana perlu dihantar secara email dan dicetak untuk simpanan individu.

Gambar di sini 

  Tarikh    : 12 Januari 2020

  Masa      : 10.00 pagi - 11.45 pagi

  Lokasi    : Pusat Internet Gerik

  Peserta  : Wakil Persatuan Kereta Sewa Gerik

 

 

Tujuan

Setiausaha kepada Perrsatuan Kereta Sewa Gerik datang ke Pusat Internet Gerik untuk meminta tunjuk ajar mengenai Microsoft Excel bagi mengisi data pemandu kereta sewa yang didaftarkan di bawah Persatuan. Tujuannya ialah untuk memperkemaskan rekod pemandu untuk dijadikan rujukan masa hadapan serta lain-lain urusan.

 

Aktiviti

Beliau dibantu oleh Petugas mengenai Microsoft Excel, walau bagamanapun, beliau telah pun mempunyai asas mengenainya, petugas hanya membantu serba sedikit sehingga proses untuk mencetak dan siap sepenuhnya.

 

Gambar di sini

  Tarikh    : 30 Disember 2020

  Masa      : 10.00 pagi - 11.00 pagi

  Lokasi    : Pusat Internet Gerik

  Peserta  : Penduduk Gerik

 

 

Tujuan

Bancian penduduk dilakukan setiap 10 tahun sekali oleh Jabatan Perangkaan Malaysia bagi mengenalpasti jumlah penduduk Malaysia bagi tujuan pembangunan masa hadapan. Kaedah yang digunakan oleh Jabatan Perangkaan untuk tahun 2020 adalah sistem, borang dan petugas datang ke rumah.

 

Aktiviti

Pengguna mengunakan Pusat Internet Gerik untuk mengisi sistem E-Cencus dengan bantuan Petugas Pusat Internet sehingga selesai.

 

Gambar di sini

 

 

  Tarikh    : 9 Januari 2020

  Masa      : 10.00 pagi - 11.30 pagi

  Lokasi    : Pusat Internet Gerik

  Peserta  : Calon Pengantin

 

 

Tujuan

Bagi calon pengantin beragama islam yang ingin melangsungkan perkahwinan, mereka perlu membuat permohonan terlebih dahulu di Pejabat Agama Islam negeri masing-masing. Negeri Perak antara yang mengunakan sistem untuk membuat permohonan mengantikan sistem manual borang. Sistem ini sangatlah memudahkan calon kerana boleh diisi pada bila-bila masa sahaja dan perlu mencetak maklumat daripada sistem tersebut seterusnya perlu menghantar kepada Pejabat Agama. 

Selepas mendapat kelulusan baru lah calon perlu membuat langkah-langkah yang berikutnya seperti contoh ujian HIV dan sebagainya.

 

Aktiviti

Calon yang datang mengunakan perkhidmatan internet di Pusat Internet Gerik kerana kemudahan internet yang baik.

Gambar di sini

  Tarikh    : 7 Disember 2020

  Masa      : 10.00 pagi - 11.30 pagi

  Lokasi    : Pusat Internet Gerik

  Peserta  : Lepasan Murid UPSR

 

 

Tujuan

Untuk membuat permohonan kemasukan ke sekolah agama negeri Perak, memerlukan calon untuk menjawab ujian secara atas talian (online), calon yang disenaraipendek untuk ujian ini adalah sejumlah yang ditetapkan. Calon adalah daripada yang cemerlang dalam keputusan UPSR. Ujian atas talian ini dijalankan memandangkan dalam tempoh pkpbp. Ujian dilakukan di Pusat Internet Gerik selama satu jam.

 

Aktiviti

Calon seramai 3 orang datang ke Pusat Internet Gerik untuk menjawab soalan dan setelah selesai selama satu jam empat puluh minit.

 

Gambar di sini