Tarikh : 26 November 2021 Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari Lokasi : Pejabat MARA Hulu Perak Peserta : Staf Mara, wakil MCMC dan petugas PEdi Gerik |
Tujuan
Taklimat yang diadakan ini adalah untuk menerangkan matlamat, usaha serta kerjasama di antara MCMC, MARA dan direalisasikan antaranya Pusat Digital Ekonomi Keluarga (PEDi) dalam melahirkan usahawan-usahawan digital pada masa akan datang selaras dengan misi kerajaan. Kerajaan berhasrat untuk melahirkan usahawan digital di kawasan luar bandar amnya menerusi aktiviti yang dijalankan di Pusat Ekonomi Digital Keluarga (PEDi).
Aktiviti
Taklimat diadakan di Pejabat MARA Hulu Perak yang dihadiri oleh Wakil MCMC, MARA dan juga petugas PEDi.
Tarikh : 29 Oktober 2021 Masa : 10.00 pagi - 11.00 pagi Lokasi : Pusat Internet Gerik Peserta : Pelajar Sekolah Menengah
|
Tujuan
Sekolah masih lagi menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PDpR) semasa tempoh fasa 3 dan 4 yang diumumkan pihak kerajaan. Hanya pelajar tingkatan 6 sahaja yang menjalakan kelas secara bersemuka dengan SOP yang ditetapkan.
Aktiviti
Seorang pelajar perempuan tingkatan 1 datang ke Pusat Internet untuk menyiapkan tugasan yang diberikan guru oleh kerana kemudahan internet yang baik di Pusat Internet Gerik.
Tarikh : 6 September 2021 Masa : 10.00 pagi - 11.45 pagi Lokasi : Pusat Internet Gerik Peserta : Calon Peperiksaan - 2 orang |
Tujuan
Peperiksaan atas talian SPA9 bagi jawatan penolong jurutera J29 dijalankan selama satu jam mengikut bahagian iaitu penyelesaian masalah (matematik) dan bahagia inggeris. Selepas menduduki peperiksaan ini, calon akan diberikan keputusan selepas dua minggu sama ada lulus atau tidak lulus untuk ke peringkat temuduga.
Aktiviti
Calon mengunakan perkhidmatan Pusat Internet Gerik untuk menjawab peperiksaan atas talian ini dengan mematuhi SOP yang ditetapkan oleh petugas.
Tarikh : 25 September 2021 Masa : 10.00 pagi - 1.00 petang Lokasi : Pusat Internet Gerik Peserta : Pelajar Diploma Kolej Vokasional |
Tujuan
Berikutan Pdpr masih lagi dijalankan, pelajar mestilah menyiapkan kerja dan tugasan yang diberikan oleh guru dan perlu menghantar kepada guru melalui aplikasi telegram, whatapss dan sebagainya. Seorang pelajar Kolej Vokasional datang ke Pusat Internet Gerik untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru dan setelah siap perlu menghantar kepada guru melalui Telegram.
Aktiviti
Pelajar tersebut datang untuk melakukan tugasan tersebut dan setelah siap, ia perlu dihantar kepada guru.
Tarikh : 5 Ogos 2021 Masa : 10.00 pagi - 11.45 pagi Lokasi : Pusat Internet Gerik Peserta : Calon SPA Perak |
Tujuan
Peperiksaan secara atas talian dijalankan sebagai salah satu kaedah untuk menapis calon untuk langkah seterusnya iaitu temuduga. Untuk norma baharu ini (PKP), temuduga dijalankan secara atas talian juga (online). Sekiranya calon ini berjaya untuk peperiksaan ini, mereka akan terus kepada langkah dan sesi temuduga.
Aktiviti
Peperiksaan dijalankan di Pusat Internet Gerik pada waktu yang tertera.