Tarikh     : 05 Ogos 2022

  Masa      : 9.00 pagi - 5.30 ptg

  Lokasi    : Hentian Bas Gerik

  Peserta  : Komuniti

WhatsApp-Image-2022-08-06-at-1.50.59-PM-1

Tujuan
 
Sambutan kemerdekaan ini adalah untuk memupuk sikap semangat dan cintakan negara dalam diri komuniti dan dapat mengeratkan hubungan silaturrahim.
 
Aktiviti
 
Pelbagai aktiviti menarik yang dianjurkan oleh PEDi dan oleh agensi-agensi lain antaranya kuiz, teka silang kata, permainan tradisional, permainan secara atas talian, mewarna dan banyak lagi aktiviti yang menarik. Pelancaran sambutan kemerdekaan ini dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Shaarani Mohamad.
 

 Tarikh     : 21 Julai 2022

  Masa      : 3.00 ptg - 5.30 ptg

  Lokasi    : Pusat Ekonomi Digital Gerik (PEDi Gerik)

  Peserta  : Pelajar Universiti

e9af554f-b18c-4d31-b12c-234e5d8af3a1

Tujuan
 
Pelajar ini menggunakan perkhidmatan PEDi untuk menyiapkan tugasan tesis beliau. Petugas di Pusat Ekonomi Digital Keluarga (PEDi) Gerik memberi tunjuk ajar kepada pelajar tersebut tentang penggunaan komputer.
 
Aktiviti
 
Penggunaan komputer dan internet di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) ini dapat memudahkan pelajar tersebut menyiapkan tugasan beliau disamping mendapat sedikit bantuan daripada petugas PEDi dan pelajar tersebut juga dapat mencetak tugasan beliau dengan jimat.
 

 Tarikh     : 12 Julai 2022

  Masa      : 10.00 pagi - 3.00 ptg

  Lokasi    : Pusat Ekonomi Digital Gerik (PEDi Gerik)

  Peserta  : Belia dan Usahawan

WhatsApp-Image-2022-07-18-at-5.13.35-PM-2

Tujuan
 
Belia dan usahawan menggunakan PEDi sebagai tempat menambah ilmu bidang komputer. Petugas di Pusat Ekonomi Digital Keluarga (PEDi) Gerik memberi tunjuk ajar kepada mereka tentang asas microsoft office. 
 
Aktiviti
 
Pembelajaran secara muka ini memberikan kemudahan kepada belia dan usahawan dalam memahami tentang microsoft office ini. Antara yang dipelajari mereka adalah tentang asas microsoft word, microsoft excel dan microsoft power point.
 

 Tarikh     : 16 Julai 2022

  Masa      : 11.00 pagi - 12.00 tgh hari

  Lokasi    : Pusat Ekonomi Digital Gerik (PEDi Gerik)

  Peserta  : Pelajar Universiti

61c058c5-c5b8-44a1-9f7f-7c5f52bdb00e

Tujuan
 
Pelajar ini menggunakan perkhidmatan PEDi untuk pencarian maklumat mengenai tugasan beliau. Petugas di Pusat Ekonomi Digital Keluarga (PEDi) Gerik memberi tunjuk ajar kepada pelajar tersebut tentang pencarian yang lebih pantas.
 
Aktiviti
 
Pencarian maklumat mengenai tugasan ini dapat memudahkan pelajar tersebut disamping mendapat sedikit bantuan daripada petugas PEDi dan pelajar tersebut juga dapat mempelajari sedikit ilmu baru mengenai kebaikan penggunaan internet secara berhemah.
 

 Tarikh     : 05 Julai 2022

  Masa      : 10.00 pagi - 12.00 tgh hari

  Lokasi    : Pusat Ekonomi Digital Gerik (PEDi Gerik)

  Peserta  : Guru Sekolah

WhatsApp-Image-2022-07-11-at-5.45.01-PM-2

Tujuan
 
Guru sekolah rendah ini menggunakan kemudahan PEDi untuk mempelajari kelas bahasa arab secara atas talian. Petugas di Pusat Ekonomi Digital Keluarga (PEDi) Gerik membantu guru tersebut menggunakan komputer dan memudahkan kerja guru tersebut.
 
Aktiviti
 
Pembelajaran secara atas talian ini memudahkan guru tersebut untuk mengikuti kelas. Guru ini memanfaatkan PEDi sebagai tempat untuk memudahkan kerja beliau disamping mendapat sedikit bantuan daripada petugas.

Gambar di sini