Tarikh     : 17 Oktober 2022

  Masa      : 3.00 Petang - 5.00 Petang

  Lokasi    : Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Gerik

  Peserta  : Pelajar dan Usahawan

WhatsApp-Image-2022-10-18-at-12.41.37-PM

Tujuan
 
Petugas di PEDi Gerik memberi tunjuk ajar kepada pelajar dan usahawan tentang cara membuat poster digital melalui aplikasi canva. Pelajar dan Usahawan menggunakan platform ini untuk mengembangkan lagi kerja mereka dan produk mereka di pasaran dunia.
 
Aktiviti
 
Petugas di Pusat Ekonomi Digital juga membuat pertandingan poster paling pantas dan kreatif di kalangan pelajar dan usahawan. Mereka dapat mempelajari pelbagai ilmu dalam aplikasi canva ini. Bermula dengan pendaftaran akaun canva, masukkan latar belakang, tulisan dan sebagainya. Petugas di PEDi Gerik membantu mereka yang tidak mahir menggunakan komputer dan telefon bimbit semasa bengkel ini.
 

 Tarikh     : 10 Oktober 2022

  Masa      : 10.00 Pagi - 01.00 Tgh Hari

  Lokasi    : Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Gerik

  Peserta  : Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK)

fd5ac5ca-1228-4156-aa70-e67deed069fd

Tujuan
 
Petugas di PEDi Gerik memberi tunjuk ajar kepada usahawan tentang pemasaran media sosial di tiktok shop dan juga warongku. Usahawan menggunakan platform ini untuk mengembangkan lagi produk mereka di pasaran dunia.
 
Aktiviti
 
Usahawan mempelajari pelbagai ilmu dalam tiktok shop dan platform warongku ini. Bermula dengan pendaftaran akaun tiktok sendiri, akaun tiktok perniagaan dan cara untuk menjual produk mereka di platform tiktok shop dan warongku. Petugas di PEDi Gerik membantu usahawan yang tidak mahir menggunakan komputer dan telefon bimbit semasa kursus ini.
 

 Tarikh     : 08 September 2022

  Masa      : 10.00 Pagi - 01.00 Tgh Hari

  Lokasi    : Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Gerik

  Peserta  : Pelajar Sekolah

WhatsApp-Image-2022-09-23-at-3.46.12-PM-1

Tujuan
 
Pertandingan poster digital kemerdekaan ini diadakan adalah bertujuan untuk memupuk semangat akan cintakan negara dikalangan pelajar disamping pelajar dapat mempelajari tentang penggunaan komputer.
 
Aktiviti
 
Petugas di Pusat Ekonomi Digital (PEDi), Gerik memberi tunjuk ajar tentang penggunaan Microsoft Office Power Point untuk penyuntingan poster digital bertemakan kemerdekaan negara. Penggunaan Microsoft Power Point adalah platform yang mudah bagi pelajar sekolah rendah dan menengah.
 

 Tarikh     : 04 Oktober 2022

  Masa      : 09.00 Pagi - 06.00 Petang

  Lokasi    : Arena Square Pengkalan Hulu

  Peserta  : Agensi, Usahawan dan Orang Awam

WhatsApp-Image-2022-10-05-at-12.20.29-PM

Tujuan
 
Program Hari Bersama Komuniti ini diadakan adalah bertujuan untuk mendekatkan komuniti dengan Pusat Ekonomi Digital disamping PEDi dapat mendedahkan tentang peranannnya kepada khalayak.
 
Aktiviti
 
Bersempena program ini, pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya, pameran gerai jualan, pameran agensi, demo pembuatan produk usahawan, demo masakan, bengkel memanah, ujian saringan minda sihat, aiskrim percuma dan makeup percuma. Majlis perasmian Program Hari Bersama Komuniti ini telah dirasmikan oleh Encik Safuan Bin Saleh Ketua Penolong Pegawai Daerah Pengkalan Hulu.
 

 Tarikh     : 20 September 2022

  Masa      : 10.00 Pagi - 01.00 Tgh Hari

  Lokasi    : Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Gerik

  Peserta  : Usahawan

WhatsApp-Image-2022-09-23-at-12.45.13-PM

Tujuan
 
Petugas di PEDi Gerik memberi tunjuk ajar kepada usahawan tentang pemasaran media sosial di tiktok shop. Usahawan menggunakan platform ini untuk mengembangkan lagi produk mereka di pasaran dunia.
 
Aktiviti
 
Usahawan mempelajari pelbagai ilmu dalam tiktok shop ini. Bermula dengan pendaftaran akaun tiktok sendiri, akaun tiktok perniagaan dan cara untuk menjual produk mereka di platform tiktok shop. Petugas di PEDi Gerik membantu usahawan yang tidak mahir menggunakan komputer semasa kursus ini.