Tarikh     : 03 Januari 2023

Masa       : 2.30 Petang - 4.30 Petang

Lokasi     : Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Gerik

Peserta   : Usahawan

WhatsApp-Image-2023-01-03-at-4.25.06-PM

Tujuan
 
Untuk mempelajari cara-cara menjual produk sendiri dan menjadi penjual bagi barangan orang lain di platform shopee.
 
Aktiviti
 
Para usahawan menggunakan kemudahan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Gerik sebagai tempat untuk menimba ilmu tentang ilmu keusahawanan. Setiap usahawan diajar cara menggunakan platform shopee dengan betul sama ada melalui telefon bimbit mahupun komputer. Rakan Digital di PEDi Gerik memberikan tunjuk ajar dengan sebaiknya kepada usahawan dan seterusnya memberi tugas kepada usahawan untuk melengkapkan maklumat kedai di aplikasi shopee masing-masing.
 

Tarikh     : 23 Disember 2022

Masa       : 3.00 Petang - 5.00 Petang

Lokasi     : Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Gerik

Peserta   : Pelajar Universiti 

B

Tujuan
 
Untuk mencari dan menggunakan capaian internet bagi mendapatkan maklumat mengenai kerja kursus yang perlu disiapkan.
 
Aktiviti
 
Pelajar ini menggunakan kemudahan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Gerik untuk mencari maklumat mengenai kerja kursus yang perlu beliau selesaikan semasa cuti semester ini. Pencapaian internet yang laju di PEDi memudahkan pelajar ini mencari maklumat yang diperlukan di samping mendapat tunjuk ajar tentang penggunaan komputer oleh petugas di Pusat Ekonomi Digital.
 

 Tarikh     : 12 Disember 2022

  Masa      : 3.00 Petang - 4.00 Petang

  Lokasi    : Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Gerik

  Peserta  : Usahawan 

WhatsApp-Image-2022-12-05-at-11.03.38-PM

Tujuan
 
Untuk mempelajari cara mengemaskini bantuan geran perniagaan melalui portal Risda.
 
Aktiviti
 
Petugas dan Rakan Digital di Pusat Ekonomi Digital membantu dan memberi pendedahan kepada usahawan tentang cara mengemaskini maklumat dan dokumen yang diperlukan untuk memohon bantuan geran perniagaan ini. Di samping itu, usahawan juga dapat mengetahui tentang cara menggunakan komputer dengan lebih cekap.
 

Tarikh     : 20 Disember 2022

Masa       : 3.00 Petang - 5.00 Petang

Lokasi     : Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Gerik

Peserta   : Usahawan 

B

Tujuan
 
Untuk mempelajari cara menggunakan tiktok dengan betul dan cara menjual produk dalam aplikasi tiktok.
 
Aktiviti
 
Rakan Digital di Pusat Ekonomi Digital membantu dan memberi pendedahan kepada usahawan tentang cara memasukkan produk dalam aplikasi tiktok dan cara menjual produk orang lain. Pembelajaran ini dilakukan secara atas talian kerana ada segelintir usahawan mengalami kekangan masa untuk datang ke Pusat Ekonomi Digital namun masih dapat mempelajarinya secara atas talian.
 

 Tarikh     : 06 Disember 2022

  Masa      : 3.00 Petang - 5.00 Petang

  Lokasi    : Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Gerik

  Peserta  : Pelajar sekolah & Usahawan

WhatsApp-Image-2022-12-07-at-12.23.04-PM-2

Tujuan
 
Untuk mempelajari cara mengedit video sendiri menggunakan platform aplikasi capcut.
 
Aktiviti
 
Petugas dan Rakan Digital di Pusat Ekonomi Digital membantu dan memberi pendedahan kepada peserta tentang cara penggunaan aplikasi capcut di samping peserta dapat mengetahui tentang alatan-alatan yang ada dalam aplikasi ini. Sepanjang aktiviti ini, petugas di Pusat Ekonomi Digital telah memberikan tugasan kepada peserta untuk membuat satu video berdasarkan teknik editing yang telah diajarkan oleh petugas. Penyertaan untuk aktiviti ini adalah seramai 13 orang.