Tarikh     : 03 Januari 2023

Masa       : 2.30 Petang - 4.30 Petang

Lokasi     : Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Gerik

Peserta   : Usahawan

WhatsApp-Image-2023-01-03-at-4.25.06-PM

Tujuan
 
Untuk mempelajari cara-cara menjual produk sendiri dan menjadi penjual bagi barangan orang lain di platform shopee.
 
Aktiviti
 
Para usahawan menggunakan kemudahan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Gerik sebagai tempat untuk menimba ilmu tentang ilmu keusahawanan. Setiap usahawan diajar cara menggunakan platform shopee dengan betul sama ada melalui telefon bimbit mahupun komputer. Rakan Digital di PEDi Gerik memberikan tunjuk ajar dengan sebaiknya kepada usahawan dan seterusnya memberi tugas kepada usahawan untuk melengkapkan maklumat kedai di aplikasi shopee masing-masing.