Tarikh : 06 Disember 2022 Masa : 3.00 Petang - 5.00 Petang Lokasi : Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Gerik Peserta : Pelajar sekolah & Usahawan |
Tujuan
Untuk mempelajari cara mengedit video sendiri menggunakan platform aplikasi capcut.
Aktiviti
Petugas dan Rakan Digital di Pusat Ekonomi Digital membantu dan memberi pendedahan kepada peserta tentang cara penggunaan aplikasi capcut di samping peserta dapat mengetahui tentang alatan-alatan yang ada dalam aplikasi ini. Sepanjang aktiviti ini, petugas di Pusat Ekonomi Digital telah memberikan tugasan kepada peserta untuk membuat satu video berdasarkan teknik editing yang telah diajarkan oleh petugas. Penyertaan untuk aktiviti ini adalah seramai 13 orang.