Tarikh     : 22 November 2022

  Masa      : 10.00 Pagi - 12.00 Tengah Hari

  Lokasi    : Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Gerik

  Peserta  : Pelajar Universiti

WhatsApp-Image-2022-11-22-at-4.43.53-PM

Tujuan
 
Pelajar ini mempelajari tentang asas menggunakan komputer di Pusat Ekonomi Digital Gerik. Pembelajaran ini membolehkan pelajar ini tahu tentang penggunaan dan fungsi yang terdapat dalam komputer tersebut.
 
Aktiviti
 
Petugas di Pusat Ekonomi Digital membantu pelajar ini menggunakan komputer dan cara memindahkan fail ke tempat yang beliau kehendaki. Dengan pembelajaran di Pusat Ekonomi Digital ini, membolehkan pelajar ini memanfaatkan kemudahan yang ada disamping pelajar ini juga menggunakan servis cetakan untuk menyiapkan tugasannya.
 

 Tarikh     : 16 November 2022

  Masa      : 03.00 Petang - 5.00 Petang

  Lokasi    : Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Gerik

  Peserta  : Pra Sekolah

WhatsApp-Image-2022-11-20-at-3.27.37-PM

Tujuan
 
Pelajar ini mempelajari tentang asas mengenal huruf abc di Pusat Ekonomi Digital Gerik. Pembelajaran ini membolehkan pelajar ini tahu tentang huruf yang ada dan disamping dapat mengetahui tentang penggunaan huruf-huruf tersebut.
 
Aktiviti
 
Petugas di Pusat Ekonomi Digital membantu pelajar ini menggunakan komputer di samping mendapat bantuan daripada ibu bapa pelajar tersebut. Dengan pembelajaran di Pusat Ekonomi Digital ini, memudahkan ibu bapa untuk mengawal dan menyemai minat pelajar terhadap aktiviti pembelajaran menggunakan komputer.
 

 Tarikh     : 05 November 2022

  Masa      : 03.00 Petang - 5.00 Petang

  Lokasi    : Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Gerik

  Peserta  : Pelajar Universiti 

WhatsApp-Image-2022-11-10-at-4.56.53-PM-1

Tujuan
 
Pelajar ini mempelajari tentang asas komputer di Pusat Ekonomi Digital Gerik. Ini membolehkan beliau menyiapkan kertas kerjanya dengan mudah.
 
Aktiviti
 
Petugas di Pusat Ekonomi Digital menerangkan tentang cara-cara penggunaan komputer dengan betul kepada pelajar ini. Tugasan pelajar juga dapat disiapkan dengan mudah. Pelajar ini juga menggunakan kemudahan Pusat Ekonomi Digital ini untuk mencetak tugasan beliau.
 

Tarikh    : 11 November 2022

Masa      : 3.30 Petang - 6.00 Petang

Lokasi    : Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Gerik

Peserta  : Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Hulu 

                Perak

WhatsApp-Image-2022-11-15-at-4.54.41-PM

Tujuan
 
Petugas di PEDi Gerik memberi tunjuk ajar kepada usahawan tentang pemasaran media sosial di tiktok shop dan cara menjadi dropship di tiktok tanpa modal. Peserta menggunakan platform ini untuk mengembangkan lagi produk mereka di pasaran dunia justeru dapat menambah pendapatan sampingan mereka.
 
Aktiviti
 
Peserta mempelajari pelbagai ilmu dalam tiktok shop dan produk dagangan ini. Bermula dengan pendaftaran akaun tiktok sendiri, akaun tiktok perniagaan dan cara untuk menjual produk orang lain di platform tiktok shop. Petugas di PEDi Gerik membantu peserta yang tidak mahir menggunakan komputer dan telefon bimbit sepanjang bengkel ini berlangsung.
 

 Tarikh     : 21 Oktober 2022

  Masa      : 10.00 Pagi - 12.00 Tgh Hari

  Lokasi    : Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Gerik

  Peserta  : Pejabat Perpaduan Negara Dan Integrasi

                   Nasional Daerah Hulu Perak

48901479-f463-4c26-b14c-b31ab713a963

Tujuan
 
Pekerja di Pejabat Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Daerah Hulu Perak menggunakan kemudahan Pusat Ekonomi Digital (PEDi), Gerik sebagai tempat untuk mengemaskini maklumat mereka dalam sistem pengurusan maklumat Kementerian Perpaduan Negara.
 
Aktiviti
 
Petugas di Pusat Ekonomi Digital menerangkan tentang kepentingan Pusat Ekonomi Digital (PEDi), Gerik kepada mereka seterusnya mereka dapat mengemaskini maklumat dalam sistem pengurusan maklumat yang diketuai oleh Pegawai Perpaduan Daerah iaitu Puan Rozita Binti Abdullah. Petugas di PEDi membantu menjayakan bengkel ini sepanjang bengkel ini berlangsung.