Tarikh    : 7 November 2019

  Masa      : 3.30 petang - 4.30 petang

  Lokasi    : Pusat Internet Gerik

  Peserta  : Pelajar Sekolah Menengah

 

 

Tujuan

Pembelajaran pada abad ke 21 kini semakin banyak mengunakan internet sebagai salah satu sumber rujukan, tetapi pelajar perlu belajar mencari sumbernya dengan betul seiring dengan keperluan subjek yang dipelajari di sekolah. Untuk subjek sejarah ini, pelajar diberikan bimbingan cara untuk mencari nota dengan betul oleh petugas Pusat Internet. Ini mengambilkira aspek 'copy and paste' sesuatu sumber dengan cara yang betul.

Aktiviti

Pelajar diajar untuk mencari nota dengan betul disamping proses menyusun semula sumber yang diambil di internet dan sumber rujukan yang betul serta pelajar ini diajar untuk mencetak nota yang dicari tersebut untuk dijadikan nota bagi subjek sejarah di sekolah.

 

Gambar di sini

  Tarikh    : 6 November 2019

  Masa      : 9.30 pagi – 1.00 Tengahari

  Lokasi    : Pusat Internet Gerik

  Peserta  : Bendahari Masjid Daerah Hulu Perak

 

 

Tujuan

Bengkel ini dijalankan adalah untuk memberi dan menambah pengetahuan kepada bendahari masjid di masjid-masjid hulu perak yang dilantikan oleh Jabatan Agama Islam Perak mengenai sistem yang digunapakai dalam proses untuk penyimpanan dan audit kewangan yang diperoleh oleh masjid. Jadi kebaikannya ialah bendahari tidak perlu untuk melakukan proses secara manual mengenai kewangan masjid serta dapat dipantau oleh pihak teknikal dan pengurusan Jabatan Agama Islam Perak. Di samping itu, elemen penggunaan ICT dapat membantu mereka dalam proses kepekaan terhadap teknologi yang digunakan kini.

 

Aktiviti

Peserta bagi bengkel ini ialah semua bendahari yang dilantik secara sah oleh Jabatan Agama Islam Perak bagi masjid setiap kariah di Hulu Perak. Bengkel dikendalikan oleh pegawai Agama Islam dari Gerik, Lenggong dan Ipoh. Dimulakan dengan penerangan dan seterusnya aktiviti praktikal penggunaan sistem tersebut.

Gambar di sini

  Tarikh    : 19 Oktober 2019

  Masa      : 9.30 pagi – 1.00 petang

  Lokasi    : Pusat Internet Gerik

  Peserta  : Sukarelawan ICT Cluster Hulu Perak

 

 

Tujuan

Taklimat ini diadakan untuk memberikan pengetahuan kepada sukarelawan-sukarelawan Cluster Hulu berkaitan dengan pemasangan siaran digital iaitu MyTv sebagai usaha untuk mewar-warkan mengenainya kepada komuniti memandangkan siaran Mytv ini masih baru. Taklimat ini dikendalikan oleh wakil MyTv di mana kandungan taklimat mengandungi apa itu MyTv dan kaedah pemasanganya serta pengetahuan-pengetahuan berkaitannya dan boleh dijadikan rujukan oleh komuniti.

 

Aktiviti

Taklimat bermula pada pukul 9.30 pagi dan berakhir sehingga pukul 1.00 petang. Pesertanya ialah Sukarelawan yang mewakili Cluster dari hulu perak.

Gambar di sini

 

 

  Tarikh    : 30 Oktober 2019

  Masa      : 9.30 pagi – 2.00 petang

  Lokasi    : Pusat Internet Gerik

  Peserta  : Staf & Kakitangan Hospital Gerik

 

 

 

Tujuan 

HRIS adalah satu sistem yang membolehkan anda memantau semua kakitangan dan maklumat tentang mereka. Ia biasanya dilakukan dalam pangkalan data atau lebih kerap di dalam siri pangkalan data yang  berkaitan (inter- related database).Sistem maklumat bukan hanya dikenali sebagai HRIS sahaja malahan terdapat nama lain iaitu , Human Resources Management System (HRMS). Sistem HRIS adalah satu kombinasi terdiri daripada manusia, perkakasan, perisian, rangkaian dan data yang bertanggungjawab menwujud, mengumpul, menukar dan mengagihkan maklumat dalam sesebuah organisasi. Definasi kedua sebagai kitaran proses mewujud atau memperolehi maklumat , mengumpulkan maklumat daripada pelbagai bentuk, memproses dan menukar maklumat yang diperolehi dan dikumpulkan ke dalam bentuk yang di ingin. Konsep system maklumat merangkumi proses, Input, Output, Kawalan dan maklumbalas.

Untuk pengenalan dan praktikal bagi sistem ini kepada staf dan kakitangan Hospital Gerik adalah bagi mendedahkan dan memudahkan mereka dengan penggunaan sistem dalam setiap urusan yang berkaitan skop pekerjaan terutamanya yang melibatkan sumber manusia.

 

Aktiviti

Seramai 33 orang jumlah perserta yang terdiri daripada staf dan kakitangan daripada Hospital Gerik terlibat untuk sesi HRIS ini di Pusat Internet Gerik. Sesi dibahagikan kepada dua sesi oleh kerana setiap peserta harus mengunakan komputer. Sesi ini dikendalikan oleh Bahagian Sumber Manusia Kementerian Kesihatan.

 

Gambar di sini

  Tarikh    : 16 Oktober 2019

  Masa      : 3.30 petang – 5.30 petang

  Lokasi    : Pusat Internet Gerik

  Peserta  : Pelajar Tingkatan 2

 

 

Tujuan

Microsoft Powerpoint adalah platform yang asas digunakan untuk memudahkan proses sesuatu penyampaian (presentation) secara formal di samping boleh dimasukkan elemen mutimedia yang lain seperti gambar, teks dan video bagi menarik minat orang lain ketika proses penyampaian dijalankan. Seramai 4 orang pelajar tingkatan 2 datang ke Pusat Internet Gerik untuk mempertingkatkan penggunaan Powerpoint ini untuk digunakan di Makmal Komputer sekolah dan di rumah.

 

Aktiviti

Petugas pusat internet memberikan maklumat awal penggunaan Microsoft Powerpoint dari segi keberkesanannya dan cara untuk membangunkan proses melalui Microsoft Powerpoint ini. Pelajar ini dapat memahami dan mempelajar dengan baik.

 

Gambar di sini