Tarikh    : 4 April 2021

  Masa      : 9.00 pagi - 12.00 Tengahari

  Lokasi    : Masjid Kampung Pahat Dalam Gerik

  Peserta  : Komuniti Kampung Pahat Dalam

 

 

Tujuan

Program ini dianjurkan oleh Persatuan Wanita Prihatin Perak dengan kerjasama NGO MyFundAction, Zakat Perak dan juga wakil Pakar Mata Hospital Permaisuri Bainun Ipoh. Pusat Internet Komuniti Gerik dijemput untuk memberikan info mengenai pendaftaran Vaksin covid-19 dan juga cara untuk mendaftarnya. Program ini bertujuan untuk memberikan bantuan kepada komuniti terutamanya golongan Asnaf yang disenaraikan merangkumi Mukim Kerunai.

Aktiviti

Program ini dirasmikan oleh Penolong Pengarah Zakat Perak, turut dihadiri Penghulu Mukim Kerunai dan juga wakil PDRM IPD Gerik. Program juga diisi dengan permeriksaan mata secara percuma oleh klinik mata bergerak yang disediakan oleh Hospita Permaisuri Bainun Ipoh. Program ini juga diteruskan dengan penyampaian bantuan kepada golongan asnaf dan terpilih.

Gambar di sini