Tarikh : 27 Mac 2021 Masa : 10.00 pagi - 4.00 petang Lokasi : Pusat Internet Gerik Peserta : Calon Daftar SSM |
Tujuan
Program Jom Daftar SSM 2.0 dan Mengenali Bank Islam ini dianjurkan oleh Persatuan Penjaja Melayu Perak hasil kerjasama dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan Bank Islam yang diadakan di Dewan Peladang Cawangan Gerik. Program ini bertujuan untuk memperbanyakkan orang ramai untuk mendaftar bersama SSM untuk tujuan perniagaan serta mengenali sumber-sumber pinjaman kewangan daripada Bank Islam. Program ini dirasmikan oleh YB Khairul Shahril Bin Mohamed, Exco Belia dan Sukan, Multimedia Perak.
Aktiviti
Aktiviti taklimat diadakan di Dewan Peladang Gerik dan program diteruskan di Pusat Internet Komuniti Gerik untuk pendaftaran SSM.