Tarikh    : 4 September 2020

  Masa      : 10.00 pagi - 11.00 pagi

  Lokasi    : Pusat Internet Gerik

  Peserta  : Pemenang Pertandingan Video                                     Kraftangan Pusat Internet Gerik 2020

 

 

Tujuan

Pertandingan untuk Video Kraftangan Merdeka Pusat Internet Gerik 2020 dijalankan selama dua minggu dan hari kemuncaknya peserta yang berjaya memuatnaik video mereka di Facebook yang memerlukan jumlah tontonan, kongsian untuk elemen permarkahan. Video juga dinilai melalui kreativiti, kandungan dan bahan yang digunakan. Hasilnya, seramai lima peserta diumumkan sebagai pemenang mengikuti kiraan markah juri. Para peserta yang menang membawa pulang setiap seorang hamper dan barangan elektrik.

 

Aktiviti

Majlis yang ringkas ini dirasmikan oleh Penghulu Mukim Gerik dengan ucapan dan sesi penyampaian hadiah kepada peserta. Peserta juga dihidangkan dengan jamuan ringkas dan bersurai.

Gambar di sini

  Tarikh    : 2 September 2020

  Masa      : 3.30 petang - 5.30 petang

  Lokasi    : Pusat Internet Gerik

  Peserta  : Pelajar Sekolah

 

 

Tujuan

Kelas Pembelajaran Asas Adobe Photoshop ini dijalankan adalah untuk menambah ilmu mengenai penggunaan adobe photoshop kepada pelajar sekolah dari segi penggunaanya seperti suntingan gambar, penghasilan poster, bunting dan sebagainya. Adobe Photoshop adalah perisian yang digunakan untuk tujuan tersebut dan terkini.

Tambahan pula, ia juga untuk menambah ilmu dan idea kepada peserta yang bertanding dalam pertandingan poster kemerdekaan 2020 yang sedang berlangsung. Kelas ini dijalankan dengan mematuhi garis panduan (SOP) yang ditetapkan.

 

Aktiviti

Kelas dikendalikan oleh pengajar, Nur Nabilah binti Awang Kechik yang merupakan pengajar bebas mempunyai kemahiran tentang Adobe Photoshop ini. Peserta yang mengikuti adalah lima orang kerana garis panduan (SOP) dijalankan mengenai penjarakan.

 

Gambar di sini

  Tarikh    : 14 Ogos 2020

  Masa      : 2.30 petang - 5.30 petang

  Lokasi    : Pusat Internet Gerik

  Peserta  : Usahawan Online Shopee

 

 

Tujuan

Kelas online keusahawanan ini dijalankan kepada peniaga-peniaga kecil dan besar yang ingin mengembangkan perniagaan secara atas talian (online) melibatkan penjualan pelbagai produk yang dihasilkan. Ia seiring dengan kemajuan teknologi pada zaman sekarang di mana perniagaan dijalankan secara atas talian berbanding secara bersemuka kerana banyak kelebihannya kepada peniaga dan pembeli.

Kelas ini dikendalikan oleh pengajar yang berpengalaman yang menfokuskan kepada peniaga-peniaga yang berdaftar di bawah keahlian Pusat Interne Gerik.

Meskipun terdapat pelbagai medium perniagaan atas talian namun, Pusat Internet Gerik lebih menfokuskan medium Shopee oleh kerana mendapat sambutan yang sangat luas.

 

Aktiviti

Kelas dijalankan bermula daripada asas permulaan akauan sehingga kepada urusan jual beli antara penjual dan pembeli. Peserta terdiri daripada 11 orang yang mempunyai pelbagai jenis jualan.

 

Gambar di sini

  Tarikh    : 24 Julai 2020

  Masa      : 11.00 pagi - 1.00 petang

  Lokasi    : Pusat Internet Gerik

  Peserta  : Calon UPU Ijazah Sarjana Muda

 

 

Tujuan

Calon UPU bagi program Ijazah Sarjana Muda perlu untuk memberikan maklum balas yang terakhir mengenai pemilihan kursus yang ditawarkan sebelum pihak Pengambilan mengeluarkan keputusan kepada mereka sama ada layak untuk sesuatu kursus.

Jadi tarikh akhir ini mereka berdua mengunakan perkhidmatan Internet di Pusat Internet untuk melakukan langkah-langkah tersebut.

 

Aktiviti

Mereka berdua berbincang seketika mengenai keputusan setuju dengan pemilihan kursus tersebut. Ia juga didorong oleh sepakat bersama ibu bapa dan keluarga.

Gambar di sini

  Tarikh    : 1 Julai 2020

  Masa      : 9.30 pagi - 11.30 pagi

  Lokasi    : Pusat Internet Gerik

  Peserta  : Calon SPA Negeri Perak 2020

 

 

Tujuan

SPA Negeri Perak menyediakan laman seperti SPA8 di mana calon yang disenarai pendek untuk pemilihan jawatan kosong yang berjaya untuk proses untuk seterusnya iaitu peperiksaan online. Peperiksaan online ini mengandungi tiga bahagian untuk diselesaikan oleh calon mengikut masa yang ditetapkan. Selepas peperiksaan ini selesai calon hanya perlu menunggu keputusan untuk proses temuduga jika mereka berjaya di dalam peperiksaan ini.

Untuk peperiksaan online ini, Muhd Amin mengunakan kemudahan di Pusat Internet Gerik untuk menjawab peperiksaan tersebut oleh kerana kemudahcapaian internet yang baik terdapat di Pusat Internet. Beliau menjawab soalan bagi jawatan Penolong Pegawai SeniBina gred 29.

 

Aktiviti

Calon menyelesaikan peperiksaan online ini dengan jangka masa yang ditetapkan iaitu satu jam empat puluh lima minit untuk ketiga tiga bahagian.

 

Gambar di sini