Tarikh    : 8 Feb 2020

  Masa      : 9.30 pagi - 2.30 petang

  Lokasi    : Pusat Internet Gerik

  Peserta  : Pelajar-pelajar SPM SMK Gerik

 

 

Tujuan

Abad ke 21 adalah fasa di mana teknologi berkembang dengan pesat dalam pelbagai kemajuan dan bidang termasuklah bidang pendidikan. Pelajar-pelajar sekarang hanya perlu ada kemudahan gajet dan kemudahcapaian internet untuk mengakses nota, membuat latihan dan sebagainya melalui sumber di internet. Sebilang pelajar dari SMK Gerik yang merupakan pengguna ahli bagi Pusat Internet Gerik mengunakan kemudahan di Pusat Internet Gerik untuk mengulangkaji pelajaran dan mengakses nota dengan baik. Mereka juga mengunakan kemudahan lain seperti mencetak dan sebagainya.

 

Aktiviti

Mereka bijak dalam membincangkan nota untuk diulangkaji bersama-sama untuk beberapa subjek di Sekolah. Setelah selesai mereka mencetak nota tersebut untuk ditampal didalam buku ataupun dimasukkan ke dalam fail sumber.

Gambar di sini

  Tarikh    : 4 Feb 2020

  Masa      : 9.30 pagi - 2.30 petang

  Lokasi    : Pusat Internet Gerik

  Peserta  : Pihak Kolej Mutiara dan Anak-Anak Felda

 

 

Tujuan

Kolej Mutiara ialah satu institusi pendidikan yang bernaung di bawah Felda yang mana institusi ini menfokuskan kepada peluang anak-anak felda yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma dan ijazah. Dengan itu pihak Kolej Mutiara mengunakan perkihdmatan Pusat Internet sebagai satu tempat untuk menjalankan temuduga terbuka untuk pengambilan terbaru. Selain itu Pihak Pusat Internet Gerik juga mengambil slot seketika menjalankan taklimat yang berkaitan dengan etika penggunaan komputer yang mana penting untuk mereka mengaplikasikan pada masa akan datang.

 

Aktiviti

Aktiviti dimulakan dengan taklimat daripada Pihak Kolej Mutiara, taklimat dari Petugas Pusat Internet dan proses temuduga dijalankan sehingga ia berakhir.

Gambar di sini

  Tarikh    : 19 Jan 2020

  Masa      : 2.30 petang - 5.00 petang

  Lokasi    : Pusat Internet Gerik

  Peserta  : Pelajar Tingkatan 4

 

 

Tujuan

Microsoft Powerpoint adalah perisian yang digunakan untuk menjalankan pembentangan secara kreatif dan mudah difahami, ia digunakan secara meluas serta pendidikan pada abad ke-21 ini juga banyak digunakan di sekolah yang mana guru menggalakkan pelajar untuk mengunakan teknologi seperti komputer untuk aktiviti kelas. Ia juga seiring dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 yang semakin pesat diaplikasikan.

Beberapa pelajar tingkatan 4 datang ke Pusat Internet untuk mengunakan kemudahan internet bagi mencari maklumat lalu diterjemahkan ke dalam Microsoft Powerpoint dan dijadikan sebagai nota untuk satu-satu subjek.

 

Aktiviti

Beberapa orang pelajar tingkatan 4 ini agak mahir mengunakan komputer untuk mencari maklumat dan juga mengunakan Microsoft Powerpoint, Petugas Pusat Internet juga memberikan tunjuk ajar kepada mereka.

Gambar di sini

  Tarikh    : 8 Feb 2020

  Masa      : 10.00 pagi - 2.30 petang

  Lokasi    : Pusat Internet Gerik

  Peserta  : Guru Tadika Kemas Orang Asli Kemar

 

 

Tujuan

Mengemaskini fail dan proses pendokumentasian adalah penting kerana ia akan memudahkan untuk sebarang proses-proses yang lain yang akan dilakukan. Guru daripada Tadika Kemas Orang Asli Kemar telah datang ke Pusat Internet untuk melakukan proses tersebut seperti label fail, semakan dengan sistem lama dan sebagainya. Ini kerana Guru tersebut yang terdiri daripada Orang Asli sendiri menganggap Pusat Internet menyediakan kemudahan yang baik seperti kemudahcapaian internet dan sebagainya untuk melakukan kerja.

Aktiviti

Guru tersebut melakukan kerja-kerja tersebut di Pusat Internet dengan baik dan mengunakan kemudahan untuk mencetak kertas-kertas label sehingga ia siap sepenuhnya.

Gambar di sini

  Tarikh    : 14 Jan 2020

  Masa      : 10.00 pagi - 12.30 tengahari

  Lokasi    : Pusat Internet Gerik

  Peserta  : Lepasan Ijazah

 

 

Tujuan

Permohonan secara atas talian (online) adalah salah satu kaedah yang terkini apabila menjelang negara-negara maju yang meliputi pelbagai aspek termasuklah digunakan untuk mengisi sesuatu jawatan kosong berbanding kaedah manual yang digunapakai sebelum-sebelum ini. Ia adalah lebih mudah dan menjimatkan antara pelbagai pihak yang mana pemohon dan majikan hanya mengunakan kemudahcapaian internet bagi proses untuk mencari pekerja.

Penguna telah datang ke Pusat Internet untuk mengisi jawatan kosong secara atas talian oleh kerana kemudahcapaian internet yang baik yang terdapat di Pusat Internet.

 

Aktiviti

Pengguna mempunyai kemahiran dalam proses mengisi jawatan kosong secara atas talian dan Petugas Pusat Internet juga membantu supaya pengguna dapat mengisi dengan baik.

Gambar di sini