Tarikh : 6 & 13 Disember 2019 Masa : 3.00 petang - 5.30 petang Lokasi : Pusat Internet Gerik Peserta : Nur Syazwana Bt Shamzuri |
Tujuan
Kemahiran asas komputer kini adalah antara elemen penting untuk seseorang individu bagi meneruskan pengajian atau menjawatkan jawatan pekerjaan sama ada di swasta mahupun kerajaan. Ini kerana ia berkait rapat dengan teknologi maklumat ataupun ICT yang kebanyakan ICT ini digunakan hampir sepenuhnya pada revolusi abad ke-21 ini. Ia mengantikan kerja-kerja secara manual seperti contoh kerja-kerja pengkeranian dan sebagainya.
Asas pembelajaran komputer telah pun diterapkan pada peringkat sekolah di mana ia bermula dari peringkat sekolah rendah hingga ke tertinggi iaitu Universiti.
Kelas komputer individu ini dijalankan menerusi perbincangan bersama peserta oleh kerana pembahagian masa, oleh itu kelas dijalankan secara individu dan kumpulan mengikut masa yang sesuai.
Nursyazwana Bt Syamsuri adalah pelajar lepasan SPM ingin mengikuti kelas asas ini kerana sebagai persediaan untuk menyambung pelajaran kelak sebagai langkah untuk mengunakan kemahiran ICT yang baik. Kelas asas mengandungi seperti Microsoft Office:Word,Powerpoint,Excel dan juga tambahan iaitu pengunaan emel dan sebagainya. Peserta dibekalkan dengan satu modul Microsoft untuk rujukan.
Aktiviti
Peserta diajar oleh petugas Pusat Internet berdasarkan Modul yang dibekalkan dan cara pengajaran diajar secara terus serta praktikal dapat dijalankan semasa proses berlangsung kerana cara ini lebih berkesan kepada peserta. Kemahiran ini juga dapat dipraktikkan di rumah sehingga peserta dapat menguasai sesuatu topik.