Tarikh : 18 September 2019 Masa : 9.30 pagi - 11.30 tengahari Lokasi : Pusat Internet Gerik Peserta : Orang Awam |
Tujuan
Ujian atas talian atau online ini adalah peringkat pertama untuk calon yang terpilih dalam permohonan jawatan di SPA8. sekiranya mereka lulus, calon akan disenarai pendek untuk proses seterusnya iaitu temuduga. Seramai lima calon yang datang ke Pusat Internet untuk menjalani ujian tersebut kerana kemudahcapaian internet yang baik bagi mengelakkan calon tertinggal oleh kerana masalah internet yang terputus.
Aktiviti
Calon datang ke Pusat Internet sekitar waktu 9.30 pagi dan bersedia untuk menjawab ujian tersebut secara serentak pada pukul 10 pagi. Ujian dilakukan selama 1 jam setengah.
Tarikh : 25 Julai 2019 Masa : 9.30 pagi - 12.30 tengahari Lokasi : Pejabat Penerangan Pengkalan Hulu Peserta : Pelajar Kolej Komuniti Gerik dan Orang Awam |
Tujuan
Program ini hasil kerjasama daripada kerjasama pihak Pejabat Penerangan Pengkalan Hulu dan Kolej Komuniti Gerik dalam usaha untuk memberikan pengetahuan dan juga tujuan mempromosikan Kolej Komuniti Gerik kepada orang awam. Kolej Komuniti juga mengalu-galukan untuk kemasukan pelajar-pelajar baru yang mana Kolej Komuniti ada menawarkan kursus-kursus yang menarik dan sesuai dengan keperluan industri. Program ini juga turut disertai oleh Pusat Internet Pengkalan Hulu dan Pusat Internet Gerik sebagai untuk slot ICT kepada orang ramai.
Aktiviti
Kolej Komuniti membuka booth dan menunjukkan hasil daripada beberapa kursus yang ditawarkan di Kolej Komuniti Gerik kepada orang ramai seperti Automotif dan sebagainya. Untuk Pusat Internet Pengkalan Hulu dan Pusat Internet Gerik adalah slot penyampaian ceramah mengenai Klik dengan bijak (KDB) kepada orang ramai.
Tarikh : 22 Ogos 2019 Masa : 9.30 pagi - 3.00 petang Lokasi : Pusat Internet Gerik Peserta : Pejabat Penghulu Mukim Gerik, Penghulu Mukim Gerik Amanah Ikhtiar Hulu Perak |
Tujuan
Objektif bagi program ini adalah melestarikan Pusat Internet sebagai pusat ICT dan kesihatan, mengeratkan kerjasama Pusat Internet dengan komunit kampung, agensi, MpKKK, dan NGO untuk meujudkan Komuniti Sihat dan mewujudkan komuniti mesra ICT dan teknologi untuk penjagaan kesihatan dan persekitaraan bersih. Program ini disertai oleh ahli Amanah Ikhitiar Malaysia cawangan hulu perak dan penghulu mukim gerik. Program ini juga menjemput wakil dari farmasi gerik seiring dengan tujuan program iaitu kesihatan, ceramah ini berkaitan dengan ubat ubatan.
Aktiviti
Ceramah untuk kesihatan dari pihak farmasi gerik bermula pada awal sehari iaitu 22 ogos pada pukul 3.00 petang hingga 4.30 petang dan untuk aktiviti program sepenuhnya pada 23 ogos iaitu bermula jam 9 pagi. Ia dimulakan serentak iaitu sebanyak tiga aktiviti disediakan iaitu Gubahan Sayuran, Mewarna dan Menulis Artikel. Selesai aktiviti, semua pemenang diumumkan dan menerima hadiah dan aktiviti yang disediakan. Peserta juga disediakan makanan yang sihat iaitu sandwich dan beberapa lagi makanan sihat.
Tarikh : 2 September 2019 Masa : 10.30 pagi - 12.30 tengahari Lokasi : Pusat Internet Gerik Peserta : Orang Awam |
Tujuan
Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) merupakan sistem yang disediakan berasaskan proses kerja untuk kegunaan semua Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) khususnya Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) di Malaysia secara lebih efisien dan teratur. Modul-modul yang terdapat dalam SPPIM antaranya ialah permohonan kursus pra-perkahwinan, permohonan kebenaran nikah, pendaftaran nikah sehinggalah kepada proses perceraian, rujuk dan rundingcara. Pasangan datang ke Pusat Internet untuk mengisi secara atas talian tersebut dan perlu mencetak borang tersebut serta perlu menunjukkan dokumen yang dicetak itu ke Pejabat Islam yang berdekatan.
Aktiviti
Pasangan diberikan panduan untuk mengisi secara atas talian tersebut dan mereka juga mengimbas gambar untuk dimuatnaik ke dalam sistem tersebut dan akhir sekali mereka mencetak sebagai proses akhir.
Tarikh : 9 Ogos 2019 Masa : 9.30 pagi - 1.00 petang Lokasi : Pusat Internet Gerik Peserta : Kakitangan AADK Gerik |
Tujuan
Microsoft Excel digunakan secara meluas pada masa kini dalam menyimpan rekod akaun atau sebagainya. Ia adalah penting kerana tidak perlu menyimpan rekod secara manual yang mempunyai kelemahan seperti kehilangan rekod tersebut dengan mudah. Jadi perisian ini adalah asas kepada menyelesaikan masalah tersebut. Kakitangan AADK Gerik menjadikan Pusat Internet Gerik untuk kelas microsoft excel ini sebagai langkah pemantapan mereka dalam menguasainya dan digunakan untuk skop tugas yang diberikan.
Peserta
Peserta untuk kelas ini terdiri daripada lima orang kakitangan AADK Gerik dan pengajar adalah Encik Khaizan, petugas Pusat Internet Gerik. Peserta juga diberikan modul untuk Microsoft Excel untuk rujukan.