Tarikh : 26 April 2019 Masa : 9.00 pagi - 1.00 Petang Lokasi : Pejabat Penerangan Pengkalan Hulu Peserta : Jabatan Kerajaan dan orang awam |
Tujuan
Program ini adalah anjuran pejabat penerangan Pengkalan Hulu di mana pelbagai booth yang dibuka oleh agensi kerajaan dan swasta yang melibatkan juga booth dari Pusat Internet Cluster Hulu Perak. Booth dari Pusat Internet Cluster Hulu Perak yang terlibat membolehkan pengunjung untuk membuat sebarang aduan secara atas talian berkaitan teknologi ICT dan sebagainya. Selain itu, orang ramai diberikan penerangan yang jelas mengenai portal sebenarnya.my dari segi pengenalannya serta pengisian portal tersebut.
Aktiviti
Pengunjung yang terdiri daripada agensi kerajaan dan swasta diberikan penerangan/taklimat awal mengenai program tersebut dan seterusnya pelbagai pameran oleh setiap booth termasuk wakil Pusat Internet Cluster Hulu Perak. Ia memberikan kemudahan dan pengetahuan kepada pengunjung untuk mempelajari mengenai portal sebenarnya.my dengan lebih baik.
Tarikh : 15 April 2019 Masa : 3.00 - 5.00 Petang Lokasi : Pusat Internet Gerik Peserta : Pelajar Sekolah |
Tujuan
Pembelajaran abad ke 21 adalah mengandungi penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran, antaranya ialah Kahoot. Kahoot adalah pertandingan kuiz yang mengunakan ICT di mana kuiz tersebut mengandungi elemen multimedia seperti teks, grafik dan sebagainya sebagai elemen untuk menarik minat pelajar. Oleh itu, kuiz ini dibuat kepada pelajar sekolah sebagai usaha memberikan pendedahan kepada mereka mengenai penggunaan ICT di samping ilmu pengetahuan yang terdapat di dalam kuiz tersebut.
Aktiviti
Pelajar diberikan taklimat mengenai Kahoot dan kandungan soalan yang bakal dijawab oleh pelajar. Petugas memberikan masa kepada pelajar untuk mencari sedikit maklumat untuk soalan tersebut dan selepas itu kuiz. Semua pserta akan diberikan hadiah pada akhir sesi pertandingan.
Tarikh : 2 April 2019 Masa : 2.30 petang - 4.30 petang Lokasi : Pusat Internet Gerik Peserta : Pelajar Lepasan SPM |
Tujuan
UPU adalah singkatan kepada Bahagian Kemasukan Pelajar untuk pelajar lepasan SPM/STPM ataupun setaraf untuk mengisi permohonan untuk kemasukan ke IPTA khususnya. Di Pusat Internet menyediakan perkhidmatan untuk pelajar-pelajar mengisi dan mengemaskini portal ini sebelum tarikh tersebut tutup. Memandangkan tarikh ini merupakan tarikh yang terakhir kepada peserta untuk mengemaskini, mereka sempat mendapatkan sedikit pandangan daripada petugas Pusat Internet mengenai kursus yang ingin diisi.
Aktiviti
Peserta sempat membuat sedikit pencarian di internet mengenai kursus yang ingin diisi oleh mereka supaya mereka betul-betul sesuai dengan kelayakan dan minat. Di samping itu juga, petugas ini boleh membantu serba sedikit berdasarkan pengalaman mereka sebelum ini.
Tarikh : 10 April 2019 Masa : 9.00 - 1.00 Petang Lokasi : Pusat Internet Gerik Peserta : Komuniti Gerik |
Tujuan
Hari Bersama Komuniti diadakan adalah bertujuan untuk menambahkan lagi rangkaian dari segi perhubungan pusat internet bersama komuniti di kawasan sekitar terutamanya Pusat Internet Gerik bersama penduduk atau komuniti di kawasan Gerik. Ini kerana antara objektif penubuhan Pusat Internet adalah untuk membantu komuniti dalam merapatkan jurang digital termasuk penggunaan internet sebagai elemen pembangunan ICT. Jadi dengan penganjuran hari bersama komuniti ini dapat memberikan pelbagai kebaikan kerana program ini juga disertai oleh Agensi-agensi kerajaan dan swasta yang dijemput untuk pembukaan booth yang memberikan penerangan yang penting kepada komuniti yang terlibat dengan program ini. Antara agensi yang terlibat ialah Bank Rakyat (Ar-Rahnu), Agensi Anti Dadah Kebangsaan Cawangan Gerik, Perbadanan Perpustakaan Gerik, KOSPEN Gerik dan Etiqa (Medical Card).
Aktiviti
Untuk Hari Bersama Komuniti ini, pihak Pusat Internet telah menyusun jadual yang sangat sesuai dengan waktu yang ditetapkan. Aktiviti yang dianjurkan ialah pertandingan mewarna untuk kanak-kanak yang disertai oleh adik-adik daripada Tadika Perpaduan Gerik, acara mereka origami untuk dewasa, pembukaan booth oleh setiap agensi, penerangan oleh setiap wakil agensi untuk peserta, pemeriksaan kesihatan oleh KOSPEN, mencuci emas oleh pihak bank rakyat ar-rahnu, dan cabutan bertuah.
Tarikh : 1 April 2019 Masa : 9.30 pagi - 11.30 Pagi Lokasi : Pusat Internet Gerik Peserta : Pelajar Lepasan SPM |
Tujuan
SPA8i yang dikenali sebagai Sistem Perkhidmatan Awam atas talian adalah satu medium kepada warganegara malaysia untuk mengisi jawatan kosong di dalam sektor kerajaan mengikut umur dan pelbagai jawatan yang ditawarkan. Manakala SPP Perak pula sistem atas talian untuk jawatan kosong sektor kerajaan di negeri Perak serta khas untuk orang kelahiran negeri Perak.Di Pusat Internet, amat mengalu-alukan kepada lepasan SPM ammnya untuk datang mengisi sistem SPA8i dan SPP Perak ini disamping dapat diberikan bimbingan oleh petugas Pusat Internet.
Aktiviti
Para peserta mengisi kedua-dua sistem ini disamping dibantu oleh petugas Pusat Internet menerusi penerangan kepada kursus-kursus yang ingin diisi oleh peserta.