Tarikh : 13 Mac 2019 Masa : 9.30 pagi - 2.00 petang Lokasi : Pusat Internet Gerik Peserta : AM Cluster Hulu Perak |
Tujuan
Kelas ini dijalankan bagi memberikan pengetahuan kepada AM Cluster Hulu Perak mengenai pembangunan video pendek. Kelas ini juga mengandungi langkah-langkah awalan dalam proses pembangunan video pendek mahupun video interaktif dan infografik. Ini kerana, video juga antara faktor penting dalam proses menyampaikan maklumat dengan mudah dan ringkas serta berkesan untuk peringkat umur mengikut jenis video yang dibangunkan.
Aktiviti
Untuk kelas ini, aktiviti yang dimulakan ialah penerangan mengenai kepentingan video, jenis-jenis video, dan perisian yang digunakan dalam proses membangunkan video. Tambahan pula, sesi kelas ini seiring dengan proses pengajaran di mana peserta yang terdiri daripada AM Cluster Hulu Perak melakukan percubaan membuat video pendek secara ringkas mengunakan perisian yang mudah.
Tarikh : 13 Mac 2019 Masa : 9.30 pagi - 2.00 petang Lokasi : Pusat Internet Gerik Peserta : AM Cluster Hulu Perak |
Tujuan
Kelas ini adalah bertujuan untuk mencapai sasaran dalam kalangan AM Cluster Hulu Perak dalam memantapkan serta mengukuhkan lagi terhadap penggunaan Adobe Photoshop. Ini kerana ia adalah satu keperluan bagi AM untuk menguasai penggunaan Adobe Photoshop secara asas dan seterusnya secara 'Advance' untuk digunakan sebagai cara untuk mengajar kepada komuniti.
Aktiviti
Kelas dimulakan dengan membuat kembali proses awalan atau cara asas dan seterusnya ke proses pembuatan poster. Bagi proses pembuatan poster, AM bersama sama berkongsi teknik dalam mengajar serta menekankan cara seperti contoh 'crop','shadow' dan sebagainya untuk menjadikan poster lebih menarik dan berkualiti.
Tarikh : 13 Mac 2019 Masa : 2.30 petang - 3.30 petang Lokasi : Pusat Internet Gerik Peserta : Ibu Bapa bakal murid Tahun 1 |
Tujuan
Ibu bapa didedahkan dengan cara mengisi maklumat untuk kemasukan tahun 1 anak mereka melalui atas talian (online). Ini kerana kebanyakan jabatan kerajaan banyak mengunakan sistem atas talian dalam pelabagai urusan sebagai satu usaha merancakkan lagi usaha celik IT dan kemudahan yang baik kepada pengguna.
Aktiviti
Ibu bapa yang datang untuk mengisi maklumat di dalam sistem tersebut dibantu oleh petugas serta diberikan penerangan untuk sebarang dokumen untuk dimuatnaikkan di dalam sistem tersebut.
Tarikh : 13 Mac 2019 Masa : 2.30 petang - 4.00 petang Lokasi : Pusat Internet Gerik Peserta : Pelajar Lepasan SPM |
Tujuan
Di samping mengisi maklumat di dalam sistem atas talian, lepasan pelajar SPM ini diberikan sedikit penerangan mengenai kursus-kursus yang diisi oleh mereka. Ini dapat memberikan pendedahan awal kepada mereka mengenai kursus yang mereka ambil berdasarkan pengetahuan dan pengalaman daripada petugas Pusat Internet Gerik.
Aktiviti
Mereka mengunakan perkhidmatan di Pusat Internet Gerik untuk mengisi portal kemasukan pelajar (UPU) dibantu oleh petugas Pusat Internet Gerik dan juga mencari maklumat mengenai kursus yang diisi oleh mereka.
Tarikh : 8 Mac 2019 Masa : 10.30 pagi - 1.00 petang Lokasi : Pusat Internet Gerik Peserta : Pengurus Kluster Hulu Perak |
Tujuan
Mesyuarat bulanan untuk pengurus-pengurus kluster hulu perak ini adalah bertujuan untuk membincangkan perkembangan bulan untuk bulan 3 merangkumi pencapaian semasa Pusat Internet Hulu Perak. Pengisian dalam mesyuarat bulanan ini juga membentangkan program-program dan strategi yang bakal dibuat oleh Pusat Internet Hulu Perak.
Aktiviti
Taklimat didahului oleh Ketua Kluster Hulu Perak iaitu Encik Khaizan Izatzi Bin Mohamad Nazri kepada pengurus-pengurus yang lain, seterusnya taklimat diberikan oleh Encik Mohammad Ridha Bin Tajudin selaku DRM Wilayah Utara.