Tarikh : 20 Januari 2019
Masa : 10.00 - 11.00 pagi
Lokasi : Pusat Internet Gerik
Pengguna : Pelajar sekolah

 

WhatsApp Image 2019-01-25 at 3.34.30 PM

 

Tujuan

Borang di portal Yayasan Pendidikan Maahad Tahfiz Al-Quran dibuka untuk para pelajar yang ingin melanjutkan pengajian sama ada ke peringkat menengah bawah, menengah atas, tahfiz vokasional atau ADDIN diploma.

 

Aktiviti

Pelajar tersebut telah mengisi maklumatnya secara online dalam borang pendaftaran ke Maahad Tahfiz (peringkat menengah atas) sesi 2019 di kawasan negeri Perak.

 

Gambar di sini


Tarikh : 18 Januari 2019
Masa : 9.00 - 11.00 pagi
Lokasi : Pusat Internet Gerik
Pengguna : Guru KAFA

 

WhatsApp Image 2019-01-19 at 10.39.46 AM

 

Tujuan

Portal Sistem Maklumat Pendidikan Islam (SIMPENI) merupakan satu sistem pengumpulan data maklumat bagi seluruh sekolah agama seperti Sekolah Agama Rakyat, Tahfiz, Kolej, Pondok/ Madrasah dan KAFA yang berdaftar dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Tujuan sistem maklumat ini dibangunkan adalah untuk memudahkan para pentadbir sekolah dan segala maklumat yang dimuat naik, boleh diakses terus oleh pihak JAKIM bagi memantau perkembangan sekolah-sekolah KAFA seluruh Malaysia. [sumber: laman web SIMPENI]

 

Aktiviti

Guru-guru KAFA Sekolah Rendah Agama Rakyat Nurul Hidayah Kg Perah, Gerik menggunakan internet di PI Gerik untuk mengemaskini maklumat-maklumat murid dalam laman web SIMPENI .

 

Gambar di sini


Tarikh : 24 Disember 2018
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi : Pusat Internet Gerik
Peserta : Pelajar sekolah menengah

 

49054409 2076293992408800 4445414734748975104 o

 

Tujuan

Kelas Excel kali ini disertai oleh pelajar sekolah menengah dari pelbagai sekolah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran peserta menggunakan Excel.

 

Aktiviti

Para peserta diajar tentang cara-cara mengedit teks, membuat jadual, formula dan graf secara cepat dan mudah. Peserta diajar dan diberikan latihan untuk memudahkan mereka memahami tentang apa yang telah dipelajari. Dengan cara ini, mereka dapat menggunakan ilmu yang ada untuk melaksanakan kerja kursus atau kerja sekolah mereka pada masa akan datang.

 

Gambar di sini


Tarikh : 9 Januari 2019
Masa : 10.00 - 11.00 pagi
Lokasi : Pusat Internet Gerik
Peserta : Belia

 

WhatsApp Image 2019-01-09 at 2.19.55 PM

 

Tujuan

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mempromosikan aplikasi Dashboard Komuniti kepada komuniti setempat. Aktiviti ini juga dapat meningkatkan bilangan keahlian baru PI, menarik minat semua golongan datang ke PI. Di samping itu, aktiviti ini dapat menyediakan satu platform untuk mempromosikan produk atas talian.

 

Aktiviti

Peserta digalakkan memuat turun aplikasi 'Dashboard Komuniti' untuk memudahkan mereka log masuk. Untuk aktiviti kali ini, mereka diberi penerangan tentang MyShop. Peserta akan log masuk menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan masing-masing dan memuatnaik produk yang dijual untuk diiklankan.

 

Gambar di sini


Tarikh : 21 Disember 2018
Masa : 8.30 pagi - 1.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Gerik
Peserta : KOSPEN, Amanah Ikhtiar dan komuniti

 

 IMG 5701

 

Tujuan

Tujuan Program Jom Sihat Bersama Pusat Internet diadakan adalah untuk memperkenalkan Pusat Internet sebagai tempat rujukan komuniti sihat. Selain itu, program ini dapat merapatkan kerjasama Pusat Internet dengan komuniti setempat dan agensi-agensi untuk mewujudkan komuniti yang sihat di samping dapat mewujudkan komuniti mesra ICT dan teknologi untuk penjagaan kesihatan dan persekitaran yang bersih.

 

Aktiviti

Program ini dihadiri oleh pelbagai agensi seperti KOSPEN Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Hulu Perak, Amanah Ikhtiar Hulu Perak dan komuniti daripada pelbagai lapisan umur. Ceramah kesihatan disampaikan oleh Pegawai Sains Pemakanan iaitu Puan Nor Azlina Mohd Noh dari PKD Hulu Perak dan pemeriksaan kesihatan diketuai oleh Dr. Noor Ezdiani Khalil Din yang merupakan Pegawai Perubatan PKD Hulu Perak. Aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan sepanjang program ialah senaman regangan, pemeriksaan kesihatan, pemeriksaan mata, pertandingan mewarna (kanak-kanak), kuiz carian melalui google (belia), dan pertandingan penyediaan makanan bento (dewasa). Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada komuniti setempat.

 

Gambar di sini