Tarikh : 20 November 2018
Masa : 8.30 pagi - 3.00 petang
Lokasi : Asrama Anak-Anak Yatim Al-Taqwa Pengkalan Hulu
Peserta : 46 orang Anak-Anak Yatim & Miskin Al-Taqwa dan At-Taqwa Pengkalan Hulu

 

1utama

 

Tujuan

Tujuan program ini diadakan adalah untuk meraikan dan menceriakan anak-anak yatim dan miskin agar golongan kurang bernasib baik ini terus dikasihi dan tidak dipinggirkan. Di samping itu, program ini juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara para petugas Pusat Internet Kluster Hulu Perak dan MSD Digital Intelligence Wilayah Utara dengan anak-anak yatim.

 

Aktiviti

Seramai 46 orang anak-anak yatim terlibat dalam program ini. Pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya ialah mengemas dan menghias perpustakaan mini dan surau di asrama anak-anak yatim, mengadakan aktiviti santai seperti 'explorace' dan kuiz bersama anak-anak yatim serta mengagihkan sumbangan seperti kelengkapan sekolah (pakaian sekolah, beg sekolah, dan alat tulis) dan juga barangan keperluan dapur kepada mereka.

 

Gambar di sini