Tarikh | : 11 Oktober 2018 |
Masa | : 2.30 - 3.30 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Gerik |
Peserta | : Pelajar tahun 5 |
Tujuan
Dapat memahirkan peserta untuk menaip dengan pantas menggunakan keyboard komputer.
Aktiviti
Peserta memilih Bahasa Melayu dan menaip perkataan yang Typing Test paparkan. Selepas menghabiskan ayat tersebut, peserta dapat melihat keputusan secara tidak langsung dapat mengukur tahap kecekapan mereka menaip.
Tarikh | : 4 Oktober 2018 |
Masa | : 9.00 - 11.00 pagi |
Lokasi | : Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Perak |
Agensi | : Pelbagai agensi sekitar Gerik |
Tujuan
Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) yang diadakan setiap tahun sejak 2016 adalah salah satu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan. HSN adalah penting di dalam usaha kerajaan menggalakkan rakyat menerapkan amalan budaya hidup cergas dan aktif di samping dapat memupuk semangat perpaduan di kalangan rakyat. Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk membincangkan tentang pembahagian tugas setiap agensi bagi sambutan HSN yang akan berlangsung 13 Oktober ini.
Aktiviti
Mesyuarat HSN diadakan di Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Gerik dihadiri oleh wakil dari setiap agensi iaitu PDT Hulu Perak, JKR Hulu Perak, Majlis Daerah Gerik, Pejabat Pendidikan Daerah Gerik, Pegawai Memerintah 4RS, PDRM, Jabatan Penerangan Daerah, Pejabat Kesihatan Daerah Gerik, Penghulu Kanan, Kolej Komuniti Gerik, Kolej Vokasional Gerik, APM, AADK Gerik, Kelab Sepak Takraw Gerik dan Majlis Belia Daerah Gerik.
Tarikh | : 10 September 2018 |
Masa | : 11.00 pagi - 12.00 tengahari |
Lokasi | : Pusat Internet Gerik |
Pengguna | : Belia |
Tujuan
Menaip surat kiriman rasmi sebagai lampiran untuk memohon pekerjaan.
Aktiviti
Pelajar tersebut mempelajari cara-cara menaip surat kiriman rasmi. Format surat di google dijadikan sebagai sumber rujukan dan contoh untuk menghasilkan surat yang bagus.
Tarikh | : 18 September 2018 |
Masa | : 3.00 - 5.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Gerik |
Peserta | : Pelajar lepasan SPM |
Tujuan
Belajar menaip surat kiriman rasmi sebagai lampiran untuk memohon pekerjaan dan biasiswa.
Aktiviti
Pelajar tersebut mempelajari cara-cara menaip surat kiriman rasmi termasuk menukar tulisan dan sebagainya. Format surat di google dijadikan sebagai sumber rujukan dan contoh untuk menghasilkan surat yang bagus.
Tarikh | : 5 Sept 2018 |
Masa | : 3.30 - 5.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Gerik |
Pengguna | : Pelajar PT3 |
Tujuan
Pelajar menggunakan komputer di PI Gerik untuk menyiapkan kerja kursus masing-masing.
Aktiviti
Para pelajar ini terdiri daripada pelbagai sekolah di sekitar Gerik. Mereka menggunakan Microsoft PowerPoint untuk menyediakan slide secara individu.