Tarikh : 4 - 5 Julai 2018
Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Gerik
Peserta : Guru-guru Sekolah Menengah Daerah Hulu Perak

 

1a

 

Tujuan

Bengkel Internet of Thing (IoT) Arduino dilaksanakan di PI Gerik hasil kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Jabatan Pendidikan Negeri Perak. Bengkel ini dijalankan untuk membantu guru-guru yang mengajar mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) dalam membangunkan projek-projek reka cipta yang mengintegrasikan Arduino dan platform IoT.

 

Aktiviti

Bengkel ini adalah lanjutan dari sesi pertama yang dijalankan selama dua hari untuk setiap sesi. Untuk sesi kedua kali ini guru-guru diminta untuk membuat dan membentang mini projek menggunakan software tersebut.

 

Gambar di sini

 


Tarikh : 3 Julai 2018
Masa : 3.30 - 5.30 petang
Lokasi : Pusat Internet Gerik
Pengguna : Pelajar PT3

 

WhatsApp Image 2018-07-04 at 12.16.44 PM

 

Tujuan

Pelajar menggunakan komputer di PI Gerik untuk menyiapkan kerja kursus masing-masing.

 

Aktiviti

Mereka menggunakan Microsoft PowerPoint untuk menyediakan slide secara individu.

 

Gambar di sini


Tarikh : 7 Jun 2018
Masa : 11.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi : Pusat Internet Gerik
Peserta : Pelajar dan guru tahfiz Gerik Air Rambutan

 

tahfiz

 

Tujuan

Quran Hour merupakan sebuah kempen untuk menggalakkan setiap individu atau berkumpulan untuk baca, faham dan amal nilai-nilai yang terdapat dalam Al-Quran.

 

Aktiviti

Program ini dihadiri oleh 12 orang pelajar Tahfiz Air Rambutan dan diketuai oleh Ustaz Ibrahim dari Yaman serta beberapa orang komuniti. Program yang berlangsung selama satu jam ini dipenuhi dengan pelbagai aktiviti seperti bacaan dan tadabbur al-Quran, doa dan alunan zikir. Setiap peserta diberikan cenderahati sebagai tanda terima kasih menyertai program ini.

 

Gambar di sini


Tarikh : 22 Jun 2018
Masa : 2.30 - 3.30 petang
Lokasi : Pusat Internet Gerik
Peserta : Pelajar tahun 5

 

9ab6ae97-345b-4387-b0c6-ef0d878e7422

 

Tujuan

Belajar mengedit gambar untuk menghasilkan kesan pada gambar yang lebih menarik.

 

Aktiviti

Peserta diminta mencari imej di google untuk dimasukkan ke dalam lama web fotor. Di fotor peserta dapat mengedit gambar, membuat collage dan mereka bentuk dengan mudah.

 

Gambar di sini


Tarikh : 3 Jun 2018
Masa : 11.00 pagi - 1.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Gerik
Peserta : Pelajar Tingkatan 1

 

WhatsApp Image 2018-06-03 at 12.50.10 PM

 

Tujuan

Untuk menghasilkan kad raya mengikut kreativiti masing-masing untuk diberikan kepada ibu bapa atau rakan-rakan.

 

Aktiviti

Para peserta diminta untuk membuat satu kad raya sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba. Mereka menggunakan Microsoft Publisher dan bantuan google image untuk menghasilkan kad beserta gambar dan ucapan raya. 

 

Gambar di sini