Tarikh | : 7 Jun 2018 |
Masa | : 11.00 pagi - 12.00 tengahari |
Lokasi | : Pusat Internet Gerik |
Peserta | : Pelajar dan guru tahfiz Gerik Air Rambutan |
Tujuan
Quran Hour merupakan sebuah kempen untuk menggalakkan setiap individu atau berkumpulan untuk baca, faham dan amal nilai-nilai yang terdapat dalam Al-Quran.
Aktiviti
Program ini dihadiri oleh 12 orang pelajar Tahfiz Air Rambutan dan diketuai oleh Ustaz Ibrahim dari Yaman serta beberapa orang komuniti. Program yang berlangsung selama satu jam ini dipenuhi dengan pelbagai aktiviti seperti bacaan dan tadabbur al-Quran, doa dan alunan zikir. Setiap peserta diberikan cenderahati sebagai tanda terima kasih menyertai program ini.