Tarikh | : 30 April 2018 |
Masa | : 9.30 - 11.00 pagi |
Lokasi | : Pusat Internet Gerik |
Peserta | : Pelajar Tadika Islam Kg. Perah, Gerik |
Tujuan:
Untuk meningkatkan daya kemahiran pelajar menggunakan komputer dengan cara belajar mewarna secara online.
Aktiviti:
Kelas kali ini dihadiri oleh pelajar yang berumur 4 dan 5 tahun dari Tadika Islam Kg. Perah, Gerik dengan diiringi oleh dua orang guru. Mereka belajar mewarna secara online dari website Online Coloring.
Tarikh | : 29 April 2018 |
Masa | : 10.00 pagi - 1.00 petang |
Lokasi | : Dewan Terbuka Felda Bersia, Gerik |
Peserta | : Komuniti |
Tujuan:
Untuk hebahan komuniti supaya mereka dapat maklumat dari sumber yang tepat dan sahih. Program ini menggunakan tagline "Tak Pasti Jangan Kongsi".
Aktiviti:
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan PI Kluster Hulu Perak mengadakan karnival ini di Dewan Terbuka Felda Bersia. Agensi-agensi yang terlibat ialah Pejabat Khidmat Masyarakat Parlimen Gerik, Giatmara Hulu Perak dan ceramah ini dikendalikan oleh Tn. Hj. Hushim Hj. Salleh. Antara aktiviti lain yang dijalankan ialah servis motor percuma, persembahan dari kumpulan Buskers, hadiah cabutan bertuah dan kenduri rakyat.
Tarikh | : 17 April 2018 |
Masa | : 4.00 - 5.30 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Gerik |
Peserta | : Pelajar tahun 6 |
Tujuan:
Belajar untuk menghasilkan bayang (shadow) pada gambar dengan menggunakan Microsoft PowerPoint.
Aktiviti:
Tema kali ini ialah 'football player'. Peserta diminta untuk mencari gambar pemain bola sepak di google dan masukkan ke dalam PowerPoint. 'Remove background' dan edit gambar tersebut untuk memberikan kesan bayang supaya nampak lebih kemas dan cantik. Akhir sekali peserta dapat belajar untuk membuat kesan animasi pada tulisan dan juga gambar.
Tarikh | : 24 April 2018 |
Masa | : 8.30 pagi - 6.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Felda Nenering |
Peserta | : Komuniti |
Tujuan:
Mempromosikan PI kepada komuniti dan memperkenalkan produk serta perkhidmatan terkini PI.
Aktiviti:
Program ini adalah kerjasama PI Kluster Hulu Perak Parlimen Gerik iaitu PI Felda Nenering, PI Pengkalan Hulu, PI Felda Bersia dan PI Gerik. Agensi yang terlibat ialah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, KOSPEN, Kolej Komuniti Gerik, Jabatan Tenaga Kerja (Jobs Malaysia), GPW, MARA dan Majlis Belia Felda. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah Aspek Wanita, Kaunter E-Aduan, Check Your Mobile, Menarik di Hulu Perak, Frog Vle, Dakwah Digital, Klik Dengan Bijak, MyHealth dan lain-lain lagi.
Tarikh | : 10 April 2018 |
Masa | : 10.00 pagi - 12.00 tengahari |
Lokasi | : Pusat Internet Gerik |
Pengguna | : Pelajar Asia e University (AeU) |
Tujuan:
Pengguna menggunakan komputer di PI Gerik untuk melengkapkan tugasan yang diberi oleh pensyarah masing-masing.
Aktiviti:
Setiap minggu pelajar-pelajar Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) tersebut menggunakan internet untuk membuat tugasan mereka.