Tarikh | : 23 Disember 2017 |
Masa | : 2.00 - 6.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Gerik |
Peserta | : Golongan belia |
Tujuan
Kelas makeup kali ini dikendalikan oleh Puan Sallyza bertujuan adalah untuk berkongsi ilmu kecantikan dan makeup kepada para peserta.
Aktiviti
Peserta diajar tentang tips kecantikan dan teknik-teknik untuk makeup dengan menggunakan peralatan makeup yang diberi oleh guru makeup.
Tarikh | : 14 - 16 Disember 2017 |
Masa | : 8.00 pagi - 5.00 petang |
Lokasi | : Padang Bola Sepak Kampung Jong, Gerik |
Peserta | : Orang awam |
Tujuan
Melibatkan pelbagai lapisan masyarakat di Daerah Gerik dan bertujuan mengimbau kaedah memproses tebu menggunakan alat tradisional yang unik di sekitar kawasan ini. Selain itu, program ini dapat memberi pendedahan dan mengingatkan kepada generasi muda yang tidak tahu tentang warisan.
Aktiviti
Aktiviti-aktiviti telah berlangsung selama tiga hari. Antaranya ialah permainan tradisional, pameran peralatan tradisional, demonstrasi kapit tebu, persembahan dikir barat, pemeriksaan kesihatan dan sebagainya.
Tarikh | : 5 Disember 2017 |
Masa | : 8.30 pagi - 1.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Gerik |
Peserta | : Penyewa dan Usahawan MARA Hulu Perak |
Tujuan
Kursus ini disertai oleh 20 orang penyewa premis MARA dan usahawan MARA Hulu Perak. Permasaran online penting bagi mempromosikan produk dan perniagaan usahawan, sekaligus meningkatkan jualan bulanan. Oleh itu, Pusat Internet Gerik dengan kerjasama MARA Hulu Perak mengambil inisiatif dalam memberi gambaran menyeluruh tentang permasaran online. Tujuan utama kursus ini adalah untuk memberikan pengetahuan kepada usahawan tentang kepentingan permasaran online selari dengan perkembangan arus permodenan sekarang.
Aktiviti
Pada sesi pertama para peserta diberi penerangan tentang teori permasaran online dan facebook page (FBads). Manakala pada sesi kedua, mereka diajar tentang cara-cara membina page facebook serta boost post. Selain itu, mereka juga diberi pendedahan tentang aplikasi Dashboard Komuniti sekaligus membantu mereka untuk mempromosikan produk secara online.
Tarikh | : 12 Disember 2017 |
Masa | : 4.00 - 5.30 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Gerik |
Peserta | : Pelajar tahun 3 |
Tujuan
Memberi pendedahan kepada para peserta tentang kemahiran menaip dengan pantas (keyboard).
Aktiviti
Para peserta belajar menaip tulisan atau huruf yang tertera dengan menggunakan laman web Abcya dan 10fastfingers.
Tarikh | : 25 November 2017 |
Masa | : 10.00 pagi - 12.00 tengahari |
Lokasi | : Pusat Internet Gerik |
Peserta | : Golongan belia |
Tujuan
Kelas Excel kali ini disertai oleh lima orang golongan belia dari pelbagai latar belakang pekerjaan. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk menggalakkan mereka mahir menggunakan Excel. Rata-rata di antara mereka belajar Excel untuk tugasan harian kerja mereka.
Aktiviti
Para peserta diajar tentang cara-cara membuat jadual, formula dan graf secara cepat dan mudah.